Aku dah jadi Pak Long dah sekarang ni. Alhamdulillah, adik ipar aku selamat melahirkan anak lelaki sulung dia dan adik aku. Umur dah sebulan lebih baru aku dapat jumpa anak menakan aku masa raya haji baru-baru ni. Dan setelah berjumpa, bermain, mengendong anak menakan aku tu, baru aku tahu, rasa, faham perasaan mak pak yang duk ghairah share gambaq anak-anak depa kat social media. Eh tercakap utagha pulak. Aku tak tahu berapa banyak gambar dan video yang aku ambik. Tu pun semalam aku dah buat quality check. So, sebab aku tak nak spam orang punya timeline di social media dengan gambar, video anak menakan aku, jadi aku spam member aku yang punya rasa geram sama budak kecik. Worry not, I have checked yang member aku bukan potential paedophile. Okay that's not funny. Bos insurans aku pernah cerita. Ada anak ni lain macam rasanya. Rasa macam nak duduk rumah satu hari main dengan diorang je kalau boleh. Tapi pasal tak bolehlah dia keluar bekerja mencari rezeki. Masa tu aku cuma bol
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.