Pages

Sunday, September 13, 2015

Mimpi Lepas Subuh

Aku suka sebenarnya tidur balik lepas Subuh, sebab mimpi time macam tu sangatlah real. Sungguh nyata seperti alam nyata. Kalau dapat mimpi yang indah dan seronok lah. Masa tak berapa nak best bila aku mimpi yang menakutkan sikit, seperti ada campuran alam mistik, paranormal dan misteri. Hahahaha.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku ada 4 hari berturut-turut mimpi tak best.

1. Mimpi ada orang berak kat rumah aku ni.
2. Mimpi ada zombie ke apa kat hallway yang panjang. Mungkin di hospital
3. Mimpi 4 biawak tak berkaki pada asalnya melarikan diri, tiba-tiba datang ke arah aku dan watak-watak dalam mimpi aku. Dalam keadaan melompat-lompat. Dan ada satu baby yang hampir kena telan dengan biawak tu.
4. Mimpi aku berperang dan dikejar askar-askar Clone Troopers Star Wars. Jedi semua dah mati dan aku sorang melarikan diri. Hampeh.

These bastards chased after me and even after few headshots they were still fine. Zombie troopers???


Keempat-empat mimpi ni, walaupun berlainan tema dan latar belakang cerita, tapi bila aku bangun aku rasa sungguh tak sedap badan. Bila aku cerita kat Mak aku pasal 4 hari mimpi tak best, Mak aku dengan pantas memotong

"Ada la orang dengki kat hang, antaq benda tu!"

To which, I said, dalam hati...

Mak, pasaipa ada orang nak dengki kat ceq. Ceq ni, tak berduit, kerja biasa, muka tak seberapa, kereta Persona. Apa orang nak dengki sangat ni?


Hahaha, tapi so far semenjak mimpi keempat, mimpi best je lepas Subuh. Seperti keluar dating dengan aweks, pergi balik ke Gippsland, bercuti dan banyak lagi.

Mimpi mainan tidoq ja. Tapi tak mustahil ada rahsianya. Cuma, rahsia itu rahsia Dia. Hang nak tau lebih-lebih, ada apa-apa kesan kat iman dak? Lagipun, semua ni dari Dia.



hehehehe

3 comments:

Raz said...

x baek la tido lepas subuh (tp slalu buat gak.. haha)

Danial Jaafar said...

kenapa tak baik? hehehe

bixentez said...

Rasanya ok lg dr mimpi jumpe cik ponti beramai2 dlm toilet...Like seriously....ahahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails