Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel in memory

Perihalnya Anjing dan Manusia...Mungkin Juga Dengan Babi

Semalam di Twitter, ada satu tweet berbunyi lebih kurang sama tak sama, "mencari sukarela untuk menyelamatkan anak anjing,mungkin juga kucing yang terjatuh ke dalam longkang banjir besar di kawasan UMT" Rajin juga gua nak screenshot bagai. Tak pula aku tahu apa perkembangan usaha murni tu, cuma aku teringat Pak Mi, yang sudah pun meninggalkan kita semua beberapa bulan yang lalu. Dan aku teringat juga, ada aku buat satu nukilan, ditujukan kepada Allahyarham. Aku kira, ada baiknya aku kongsi saja. Kalau disimpan perap, apa pun tak jadi. Anjing kurap Tak kurap pon Kau sepak sepak hina Ada apa dengan anjing Yang menjadikan kau penyepak tegar Atau pembaling batu tepat Bila datang manusia membantu anjing-anjing jalanan ini Daripada terbiar lapar merobek tong sampah kamu Juga kamu kecam Sudahlah tidak membantu usahanya Mahu pula kamu rampas hartanya Kononnya operasi atas permisi yang tiada Mujur ada yang prihatin Punya hati yang sama denganny...