Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rumah tinggal

Rumah Tinggal

Duk bercerita pasal kampung Abah di Johol tu, membawa aku kepada pemerhatian aku sepanjang aku balik kampung dulu-dulu. "Rumah tinggal" ni macam fenomena biasa di Negeri Sembilan. Sebab pengalaman aku, kalau jumpa dengan teman sebaya, yang kebetulan mak atau bapanya orang asal dari Negeri Sembilan, boleh dikatakan lebih daripada separuh akan cakap, "kampung takde sape dah, rumah tinggal." Dan bila aku lalu kawasan-kawasan kampung ni dulu pun, nampak banyak rumah kosong.  Tapi boleh jadi nampak je kosong, tapi ada je penghuninya, kan? Dan fenomena (LOL fenomena) "rumah tinggal" ni tak eksklusif hanya di Negeri Sembilan, sebab bila aku buat carian di Google, banyak juga kawasan di luar bandar yang terkesan akibat penghijrahan anak-anak muda luar bandar ke bandar. Ni berita tahun 2015. Sumber BH Setakat ni, aku nampak bila ada rumah tinggal yang banyak la jugak, ada peluang berniaga bagi tukang-tukang kayu, pembekal kayu-kayu. Sebab depa ambik dari rumah-ruma...