Langkau ke kandungan utama

Rumah Tinggal

Duk bercerita pasal kampung Abah di Johol tu, membawa aku kepada pemerhatian aku sepanjang aku balik kampung dulu-dulu. "Rumah tinggal" ni macam fenomena biasa di Negeri Sembilan. Sebab pengalaman aku, kalau jumpa dengan teman sebaya, yang kebetulan mak atau bapanya orang asal dari Negeri Sembilan, boleh dikatakan lebih daripada separuh akan cakap, "kampung takde sape dah, rumah tinggal." Dan bila aku lalu kawasan-kawasan kampung ni dulu pun, nampak banyak rumah kosong. 

Tapi boleh jadi nampak je kosong, tapi ada je penghuninya, kan? Dan fenomena (LOL fenomena) "rumah tinggal" ni tak eksklusif hanya di Negeri Sembilan, sebab bila aku buat carian di Google, banyak juga kawasan di luar bandar yang terkesan akibat penghijrahan anak-anak muda luar bandar ke bandar.

Ni berita tahun 2015. Sumber BH

Setakat ni, aku nampak bila ada rumah tinggal yang banyak la jugak, ada peluang berniaga bagi tukang-tukang kayu, pembekal kayu-kayu. Sebab depa ambik dari rumah-rumah tinggal ni lah. Tapi aku yakin dibuat dengan saluran yang betul dan sah di sisi undang-undang. Kalau tahu yang depa ni mencuri, buatlah laporan kepada polis sebelum fikir nak viralkan haha.

Ni contoh pengusaha yang menjual kayu terpakai dari rumah tradisional di kampung. Dalam gambar ni, ada satu post FB untuk rumah tradisional kayu di Kuala Pilah. Ramai duk PM PM nak tau harga.



Ni pulak kat Perlis



Cuma, carian terkini di Google yang aku buat nampaknya sekarang ada peningkatan dalam penghijrahan dari bandar ke luar bandar. Huh, tak sangka ada peningkatan. Mungkin sebab taraf hidup yang tinggi di bandar-bandar besar, semuanya perlukan wang, tekanan hidup yang sungguh melemaskan. Jadi, mungkin ada yang buat keputusan balik semula ke kampung (bagi yang asal kampung) atau mulakan hidup baru di luar bandar (bagi yang takdak kampung di luar bandar)


Dua artikel awal tahun baru ni di Sinar Harian dan Harian Metro


Apa-apa pun, aku sudahi blog post kali ni dengan video TedxTalk dari seorang petani Thailand, Jon.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Reconnect: My Journey Back to Blogging

 Hello, fellow travel enthusiasts and friends of Malaysian adventures! It's been an incredible journey, one that saw me take an unexpected hiatus from blogging for more than three years. Life happened (more like COVID happened) —responsibilities, changes, and personal growth—but one thing remained constant: my love for exploring the beauty and diversity of Malaysia. With power to put Dillan on my back, comes great responsibility! Today, I'm excited to announce my return to the world of  blogging. It's a bit like revisiting an old friend and reminiscing about unforgettable experiences. As I dust off my keyboard and sift through the memories of past travels, I can't wait to reconnect with all of you and share new adventures. Reflecting on the Past During my hiatus, I took the time to recharge, reflect, and embark on new journeys, both physically and emotionally. I've explored different aspects of life, including my passion for raising awareness about autism, delved de...

Hang Tuah The Animation?

Woah, woah! Read this at beautifulnara about a three way agreements signed by Japanese anime studio Gonzo (Blood: The Last Vampire), Malaysian animation studio Funcel and Malaysia's National Film Development Corporation to produce Hang Tuah the animation! The protagonists....maybe? The antagonists...look so.. It sounds cool to me at first but I am being a bit skeptic about having non Malaysians to make an anime out of this legendary warriors, Hang Tuah and his friends. What more, I wonder are the voice actors gonna be Japanese too? I remember watching Silat Lagenda. That was awesome for our technology that time. But I think I shouldn't be all negative about Gonzo studio animating Hang Tuah because it's a collaboration....I think? Well, you guys can read more here and here . hehehehe