Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

Selepas Setahun

 Hari ni dah 15 Julai 2021. Kes Covid-19 pon dah kurang, tahap bahaya dah turun sama dengan virus influenza yang duk ada ni.... Tipu ja. Tengah duk lockdown lagi ni dari bulan 1. Tapi bulan 2, 3 hari tu boleh rentas daerah. Masa pertengahan bulan puasa, tak kasi rentas daerah, SOP terbaru untuk PKP betul-betul PKP lockdown. Jadinya aku tak dapat beraya rumah mentua tahun ni. Habis kena qada' tahun depan ah.  Dengan lockdown yang betul-betul lockdown ni, akhirnya kes pon dah turun ke 1-jap, aku bohong lagi. Hari ni, kes baru 13 ribu. Yes, you read it right, your eyes are not playing tricks on you. Aku tengah taip ni, TIGA BELAS RIBU KES POSITIF BARU DILAPORKAN PADA HARI INI 15 JULAI 2021. Kematian? Aku dah jadi macam orang takdak perasaan, numb dah.  Aku sekarang ni rasa, lebih kepada marah. Rasa helpless tu ada ja. Siot, it is already August 2021. 9th August 2021.