Pages

Thursday, September 17, 2015

Yang Menyatukan Kita

"Makan ke bungkus?" tiba-tiba ada satu sapaan dari sebelah kiri aku.

"Eh, makan ada, bungkus pon ada juga," aku membalas.

"Ooo, kawan nak bungkus je plannye," terangnya kembali.

"Kenapa tak makan je, ada kosong banyak lagi meja ni ha"

"Kawan nak balik Melaka, orang rumah tunggu nak bersalin ni."

"Begitu ke..kerja mana?"

"Kawan cikgu je, dekat TIGS ni je.."

"Err, sorry saya bukan orang Batu Pahat ni. Hahaha, apa tu?"

"Hahaha, maaf le, kawan ingatkan orang sini. Temenggung Ibrahim Girls School"

"Ooooo...." bunyi ooo aku dah seperti Pendekar Bujang Lapuk masuk sekolah.



Pakcik ni tau-tau je aku nak tangkap gambor. Aku nak tunjukkan long queue, padahal kedai tak ambik order lagi!
"Pakcik, makan ke bungkus ni?" aku menegur Pakcik di belakang aku.

"Makan sini la dik, baru sedap, panas-panas!" Pakcik tu sedikit teruja.

"Pakcik dah banyak kali ke makan sini?" aku meneruskan lagi wawancara tidak rasmi.

"Tak lah, pakcik pon kali pertama datan ni. Dengan kawan kerja ni." Pakcik tu tersenyum kali ni. Terasa Pakcik ni ikhlas benar senyumnya.

"Pakcik, kita masuk TV nanti. Tapi TV apa ek?"

"TV1 la tu, ada van RTM kat tepi tu," Pakcik tu menjawab pertanyaan aku sekaligus membuktikan beliau seorang yang peka dengan keadaan sekeliling beliau.

Fuhhh....Pakcik ni mata-mata saboh*...
Nasi Lemak Siakap Goreng

Nasi Lemak Sotong King

"Besar betul sotong ni!" aku pulak teruja bila dah dekat dengan sumber bau sedap.

"Haaaa! Betullah! Saya first time datang ni. Dengar kawan cerita. Fuhhh, memang best ni!" mamat yang sama-sama tangkap gambar dengan aku pun turut teruja.

"Tu lah. Saya dah lapar sangat ni.."

"Tapi, banyak kolestrol ni.Confirm!" tiba-tiba mamat ni menyampaikan pesanan khidmat masyarakat.

"Hahahaha, ye la. Ni sebulan sekali je bro."

"Sebulan sekali okay. Kalau tiap-tiap minggu, matilah. Kena pushup lepas ni, jogging ke." sekali lagi dia menyampaikan pesanan khidmat masyarakat untuk bersenam dan aktif.

"Pergi gym ke. Hahahaha"

"Hahahaha!" okay, kali ni dia pon turut sama gelak dengan aku.




Lokasi : Nasi Lemak Cik Chom, Batu Pahat.

Sekarang tengah menggila.


*saboh = digunakan di Pantai Timur, khususnya, Terengganu dan Kelantan. Asal mungkin dari perkataan munasabah.

7 comments:

plain83 said...

Woah... nasi lemak ikan siakap tuu... ikura desu ka? :3

Sotong goreng kat nasi lemak tu jenis squid ka octopus? Yg hijau2 atas nasi lemak tu apadia? :3

Danial Jaafar said...

patutnya ambik nasi lemak siakap la..duk teringat-ingat angau sama siakap..hahaha
yang siakap tu rm17 rasanya. sotong rm10. fuhh...lapar la pulak...haraheta!

rasanya jenis squid. sotong katak? hahah=P

member aku tanya, hijau2 tu wasabi ke? HAHAHAHA
tu pandan katanya. satu lagi, diorang pakai epal hijau instead of timun. LOL not bad

Raz said...

besarnya sotong tuu huhuhu teringin pule

plain83 said...

La hg tak amik yg siakap tu ka daney? Patutnya try la dua2 tu skali, lepas tu masuk gym exercise 2 kali ganda... kah! XP

Pandan dgn epal ijau? Woah... epal ijau ganti timun tu boleh lg terima, tp pandan atas nasi? Pandan tu serbuk kering atau lembab (blended)? :\

plain83 said...

Ooo... setelah aku usha bebetul pic tu, baru perasan nasi tu telah dicurah oleh pewarna pandan... hahah ;3

Danial Jaafar said...

Raz, pergi la bercuti di Johor, singgah di Batu Pahat. Nasi Beriani Gam Power pon ada, kalau tak nak makan nasi lemak cik chom ni. hehee

Danial Jaafar said...

hahaha sorry plain, lupa plak nak clarify pewarna pandan. bukan daun pandan dikisar halus dan ditabur atas nasi.

menyesal gak tak ambik siakap goreng. damn son. well, it means i just have to drop by again next time =P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails