Pages

Sunday, September 27, 2015

Kegembiraan dan Keterujaan

Aku dah jadi Pak Long dah sekarang ni. Alhamdulillah, adik ipar aku selamat melahirkan anak lelaki sulung dia dan adik aku.

Umur dah sebulan lebih baru aku dapat jumpa anak menakan aku masa raya haji baru-baru ni. Dan setelah berjumpa, bermain, mengendong anak menakan aku tu, baru aku tahu, rasa, faham perasaan mak pak yang duk ghairah share gambaq anak-anak depa kat social media. Eh tercakap utagha pulak.

Aku tak tahu berapa banyak gambar dan video yang aku ambik. Tu pun semalam aku dah buat quality check. So, sebab aku tak nak spam orang punya timeline di social media dengan gambar, video anak menakan aku, jadi aku spam member aku yang punya rasa geram sama budak kecik. Worry not, I have checked yang member aku bukan potential paedophile. Okay that's not funny.

Bos insurans aku pernah cerita. Ada anak ni lain macam rasanya. Rasa macam nak duduk rumah satu hari main dengan diorang je kalau boleh. Tapi pasal tak bolehlah dia keluar bekerja mencari rezeki. Masa tu aku cuma boleh mengangguk. Sekarang aku dah ada sneak peek into that world walaupun bukan anak aku, tapi boleh rasa sikit. Kalau aku punya rasa begitu, adik aku yang merupakan si ayah, adik ipar aku yang jadi ibunya, mesti berganda-ganda rasanya.

Of course, not everything is bed and roses. Bila ada anak, ingat tang seronok je, ada tang tak seronok seperti membersihkan najis hahaha dan berjaga malam, bersengkang mata. Tapi itu magisnye, pembaca sekalian, kenapa ibu bapa ni, sanggup menjaga makhluk ni, 9 bulan dalam perut si perempuan (okay biologically bukan kat perut but for the sake of the story) lepas tu dah keluar, kena jaga sampai dia dah besar dan tahu jaga diri sendiri. Okay, mungkin sanggup bukan perkataan yang tepat, soalannya, macam mana tiba-tiba ibu bapa ni dah di-hardwire untuk rasa risau, kasih dan sayang terhadap bayi, anak, zuriat?

Adakah sebab zuriat tu dari ibu bapa jadi boleh ada rasa macam tu? Macam kau boleh je nak memilih untuk tidak mengasihinya tapi mana datang? Mak pak ni boleh je anggap bayi ni macam tahi yang ambik masa yang lama untuk dibuang, tapi takde bai, rasa camtu.

Ke aku sorang je yang duk pikiaq pasal ni? Tapi setiap kali aku duk pikir, akhirnya konklusi aku untuk menyedapkan hati ialah

"rasa kasih tu hanya secebis saja daripada kasihnya Tuhan kat hang. Jadi toksah nak pening pikir pasaipa boleh ada rasa kasih tu. Dah di-ingrained dalam DNA kita untuk mengasihi zuriat sendiri"


Sounds macam simplistik sangat dan macam malas berfikir lagi jauh, tapi pada kemampuan akal aku, hat ni ja la aku boleh cakap. Mungkin kalian di luar yang ada akses kepada jurnal, artikel atau study pasal parenting, nurturing ni boleh lah share dengan aku sekali.

Kanak-kanak riang di Churchill Terpencil

Hehehe

5 comments:

Raz said...

once dah attached dgn baby/kid, memang asek terbayang2 je klu diorang jauh dr kite. rindu.. haha

cEro said...

Baru minggu lepas aku layan movie Lucy yg lakonan Scarjo boleh akses 100% brain capacity dia tu.
Walaupun dr segi saintifik sangat tak tepat,
tapi ada satu line dlm tu aku ingat lecturer bio aku dulu pernah cerita.
Dia kata setiap sel perlu kekalkan DNA masing-masing.
Ada dua cara, 1) jadi immortal, dan kalau environment tak mengizinkan, maka amik jalan 2) reproduce.
DNA kita memang dah hardwire utk reproduce, dgn kata lain walaupun secara individu manusia itu berbeza, tapi selagi kita reproduce, selagi tu DNA manusia akan kekal di muka bumi.

Ok, apa yg aku panjang lebar nak cerita ialah dr segi sains, matlamat hidup manusia adalah untuk memiliki zuriat. Kasih sayang terhadap anak tu satu mekanisme utk kita lindungi zuriat, sekaligus lindungi DNA manusia.
Dlm agama pun menyeru kita meramaikan umat. Hehe

(Sorry panjang lebar)

Danial Jaafar said...

Hahaha Raz, tu asyik tengok handphone je sejak kebelakangan ni. Bila entah nak bernikah dan beranak ni eh

Bro, aku ada buat entry pasal Lucy tapi melalu sekali. Hahaha.
Masa aku study dulu pun ada sentuh pasal ni, semua pasal nak keep their legacy on la sebab tak boleh jadi immortal. Tapi aku suka cara Gilgamesh nak jadi immortal. Katanya, dengan menulis. Maka ada lah kod undang-undang Hammurabi eh mengarut dah aku. hahahaha

anajingga said...

salam ukhwah, kak ana singgah malam ke sini, Tahniah dan alhamdulillah dah jadi bapa saudara kini:)

Danial Jaafar said...

terima kasih kak ana jingga. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails