Pages

Friday, September 18, 2015

Kobek Peti Lama

G'day mate!
Aku takde kerja, aku kobek draf lama aku. Terjumpa menatang ni. Aku tak ingat pasal apa aku tulis ni.

Nak tak nak, faham ke tidak, aku post sajalah. Aku pon tak pasti betul ke aku tulis. Entah-entah aku cilok dari blog orang. Kahkahkahkahkah!


...................................................................................................................................................................
Aku lari
Tapi tiada hala tuju
Jadi aku cepat penat berlari begitu
Tapi saat aku berhenti
Ia akan segera berpaut padaku
Menjerut aku
Kemudian meresap ke dalam
Terus ke otak ia diam
Juga ke jantung
Mengawal segala-gala aku
Tindakku, kataku, fikirku

Luaran aku kelihatan biasa
Dalam ku semuanya dikawal
Membuatkan hidupku
dan segala aku
Diabdikan untuk kamu.

Ya, jika berjaya aku mengawal kembali diriku
Masih ku rasa di jantungku
Seperti dibelit-belit
Tiap kali melawan ingatan ku dari mu
Memaksa memori itu bermain di mata




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bunyi macam kena buatan orang ni. Definisi buatan orang bagi aku:-

1) Ilmu hitam.

2) Angau.



Selamat berhujung minggu, eh?

4 comments:

plain83 said...

Bunyi cam seram la pulak... angau terkena buatan ka apa tu huhuu nauzubillah! Bersyukur betul aku tak cun... hahah! X3

Danial Jaafar said...

hahaha angau definisi aku sendiri sangkut. bukan disengajakan atau dibuat oleh siapa-siapa. kahkahkah!


ye ke tak cun? aku rasa pompuan tak boleh sebarangan cakap camtu. most of yall ladies like to sell yourself short. padahal di mata orang lain, kau elok cantik.

beauty is in the eyes of beholder?

hehehe

plain83 said...

kehkeh... oklah oklah... ada beberapa orang pernah kata aku cute, dan ada yang kata suka tengok senyuman aku, dan aku tak pasti samada mereka itu ikhlas atau dak. aku rasa macam tak je, kata2 mereka tidak ku percayai... hahah! X3

Danial Jaafar said...

hahaha jangan le begitu sangsi dengan kata-kata semua. barangkali ada yang benar-benar ikhlas gitu. hahaha

kalau jodoh tak ke mana. heee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails