Malam ni dah kali ke berapa entah, Danny pergi ke McD, atau nama popular di Australia, Maccas, dalam semester ni. Semenjak Dickson menjadi tuan punya kereta Honda naik semester baru-baru ni, dia makin menjadi-jadi ajak Danny dan Thomas lepak malam-malam di Maccas. "This is the only place opens for 24 hours la guys. Where else can we go at this hour, in this god-forsaken place. Correct not?" hujah Dickson setiap kali Bahvan seorang lagi member mereka memperlekehkan pilihan Dickson untuk mengeteh di Maccas. Satu sifat terpuji Dickson, tiap-tiap kali nak keluar, dia wajib tanya "Who wants to join me go Maccas?" walaupun pada orang macam Bahvan yang setiap kali diajak, akan menolak dengan hinanya pelawaan Dickson. Pada Bahvan, daripada dibuang masa mengeteh di Maccas, ada baiknya Dickson beli bir VB dekat Monacellars punya drive thru di Morwell. Sama sahaja Maccas di Australia dan di Malaysia...dari luar. Apa ada di Maccas, sama sahaja seperti Mekdi (nam...
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.