"Apa la budak ni. Dah pakai tudung buat lah cara pakai tudung. Sama je aku tengok dengan perangai lama dia!" "Amende yang ko duk membebel ni, siak?" Daney mencelah, buat-buat tanya sebab dah berapa kali member dia, Tengku Adib membebel seorang diri, seolah-olah mengumpan Daney untuk join in conversation. "Ni ha, pompuan ni dulu aku kenal dowh. Masa sekolah dulu. Oklah cun juga, tapi badan kurus sangat masa tu. Satu lagi tak pakai tudung, sebab dia stail wild and free camtu ha," Tengku Adib menjelaskan latar belakang cerita. "Oooo..jadinya?" Daney bertanya, kali ni sedikit berminat nak tahu lebih lanjut. "Tak ah, sekarang dah pakai tudung, tapi perangai sama je aku tengok, wild and free." "Apa yang dia buat, dok, sampai kau tak puas hati benor ni?" Daney bertanya lagi. "Ni ha, ada kawan dia tag gambar diorang gi bridal shower member diorang. Wah, meriah habis kau!" "Hmmm...." ...................
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.