Langkau ke kandungan utama

Celoteh Lunch Break

Semalam aku nak lelap mata tidur. Tengah dalam awang-awangan timbul rasa nak mencuba kembali benda yang selalu aku buat dulu kala. Aku nak tidur gaya jenazah. Tangannya letak di mana, kaki rapat-rapat. Baring bukan mengiring. Aku baring biasa seperti jenazah dibaringkan atas lantai masjid sebelum solat jenazah.

Dah buat semua, tutup mata. Tiba-tiba teringat banyak dosa semasa hayat. Takut, takut. Baru tersedar macam baru lepas kena lempang dengan cikgu dulu (tipu, aku tak pernah kena lempang sama cikgu). Dosa bertimbun, tapi yang paling aku teringat - hutang. Hutang budi, hutang duit, hutang hutang. Kebetulan aku ada terbaca artikel seorang ustaz pasal hutang. Aku pun ada baca pasal pembahagian harta pusaka sebab isu ni memang 'point' terbaik aku bila jumpa client pasal Takaful. Okay, berbalik semula kepada hutang. Ye, hutang.
This is called Vision Board. I have one from last year. I need to make a new one because some things have left me. =) credit to Utoria for the picture.

Aku ada hutang dengan kawan, sewa rumah tak bayar lagi. Aku terbayanglah, ditakdirkan aku mati dalam tidur malam tadi, mak bapak aku tak tahu aku ada hutang tu. Dengan hutang Unifi untuk 2 bulan ni, (tak potong lagi tu Unifi tu..baik pulak TM). Macam mana keadaan aku nanti. Hutang dunia tak langsai. Hutang dengan Allah macam mana pulak...

Sebagai seorang Muslim, aku sedar hidup ni berpaksikan keredhaan Allah. Tapi, ada kesedaran saja tak guna. Macam aku belajar dalam kelas insurans aku tahun lepas. 'Awareness' (kesedaran) saja tak boleh, kena ada 'Want' (kemahuan). Kemahuan sendiri pun tak bawa apa-apa perubahan kalau tiada 'Willingness' iaitu kesanggupan dan juga 'Teachable' (boleh diajar).

Macam akulah, ilmu belajar ada pasal Islam, hidup, nak berjaya dan berubah. Tapi, tu, aku tersekat dekat 'Want'. 'Willingness' aku tak tinggi. Pagi tadi lepas Subuh, aku terbaring, fikir, kenapa aku 'stuck' kat situ. Ego barangkali. 'Fear'? Even though Aaron Aziz keeps saying fear is not a factor, is it though? Tiba-tiba cakap Terengganu, maaf semua.

Okay, mungkin sampai di sini je celoteh 'lunch time' aku. Aku nak jumpa orang ni...Harap diberi kekuatan sebab aku mahu kekuatan lebih dari dipermudahkan..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Want Some Hotdog?

WAHAHAHA!! I laughed when I first see this picture! I don't know whether to laugh at the spelling, or the prices set at that stall. Well, that's pretty mean of me. But it is a good laugh alright. The girlfriend sent me this picture. Before that she asked me, what's the spelling of hotdog in Malay. I said, not that I know of, just write 'hotdog'. Then she sent me the picture. The caption for this picture : "Don't know whose fault, the Malay teacher or the Math teacher?" Maybe it's just another marketing strategy. You know, when people ask, where did you get this? From hokdok stall over there. Brilliant plan on promoting it but fail miserably with the price. How to get profit like this LOL From the way it has been converted to Malay, I reckon the picture at the top was taken in Terengganu. You see, hot=hok. In Terengganu words that end with 't' always sound like 'k'. Example, sesat (lost) = sesak, pekat (thick) = pekak. But pekak (dea...

Koleksi Baju Raya =P

Few days ago, went to Kemaman to get new baju melayu for Hari Raya. hahaha..when it comes to this, I will just accept any baju as long as wearing it doesn't make me the centre of attention on that day. So, what do I have in my collection so far? =P Macam pengantin gitu. =P I don't remember this one. Hmmm My first Raya Aidilfitri away from home, 2007. In Melbourne with my friends from Melbourne Uni. How are you guys? Last year's culture night. Hehehehe. Ore to ore no imoto, Pam. But this purple baju melayu is not mine. My man Azman lent it to me. Thanks heaps man. =) But I guess I kinda like the pengantin one, though it did make me a bit 'famous' due to its glittering when exposed to light. I guess, I was once an Edward Cullen wahahahah! Ok, that's not funny. My bad. *ehem* ehem* The only complete family picture. With my Silat Cekak Hanafi gang at the end of 2006. What's up guys? =) So, this time around went to Kemaman, to this one shop at the basement level ...

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?