Aku rasa aku syok sendiri je setiap kali aku menggelarkan diri sebagai "Anak Laut". Hahaah Tapi nak buat macam mana kan, kalau memang aku rasa seronok, teruja, macam balik kampung setiap kali aku dekat laut, pulau, pantai. Ni, aku tengah duk menaip pasal ni je pon kepala aku tak berdenyut. Wallpaper PC aku ni gambar perempuan mana duk berjoging di pantai, dengan ada dua struktur batu di tengah laut, macam Twelve Apostles di Apollo Bay, Australia. (Tapi sekarang ni dah berapa ketul je tinggal, 7 kot..) Aik, only 4 left standing?? Habis rambut. Suka aku tempat ni, sejuk nak mampus. Ore to ore no imoto, Pammu. Genki desu ka, Pammu? Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke pantai, laut, pulau ni, masa akhir tahun lepas di Pulau Pinang. Balik kampung. Terubat jugak rindu lama tak ke pantai. 2019 aku cuma ke Siem Reap, company trip. Takde percutian jauh-jauh sebab baru saja menimang cahaya mata kan. Jadi, berbalik kepada cerita, masa balik kampung tu, ada satu malam aku dah buat temp...
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.