Pagi semalam, kurang lebih jam 10:30, aku sampai juga ke kebun pakcik kepada isteri aku. Kat mana? Kat Hulu Langat. Memang cukup terkenal tempat ni dengan kebun, homestay dan resort, chalet sebab ada banyak sungai. Aku pulak dah lama tak ke kebun, hutan, jadi, macam teruja juga nak ke kebun tu. Sampai je, bukak pintu terus mengimbau kenangan. Rasa nostalgia, melankolik apa semua lah. Sebab ada bau yang mengingatkan aku akan kampung belah Abah aku di Johol, Negeri Sembilan. Yang buat rasa melankolik tu, sebab rumah di sana dah "dirobohkan" ( for lack of better words ) jadi atas tanah kat sana aku rasa memang kosong kot. Nanti aku tengok balik Whatsapp group keluarga belah Abah aku. Eh, melalut pulak tapi alang-alang dah termasuk "simpang" cerita pasal kampung Abah, layan je la. Kampung Abah tu, dekat dengan Air Mawang. Kampung Masjid Tua nama diberi. Kat laman rumah tu dulu, ada pokok kelapa, pokok durian, pokok rambutan (paling banyak) dan surau kecil yang seingat a...
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.