Okay, aku tahu mungkin agak pelik untuk aku membedah buku Modern Romance ni, lebih-lebih lagi buku ni hasil tangan Aziz Ansari, seorang pelawak komediri (stand-up comedian) di US. Dan aku tergerak nak bedah buku ni sikit-sikit dah lama, cuma tergerak besar sampai dah tulis dan buat post ni sebab petang tadi masa mengeteh dengan member kerja aku, boraklah pasal relationship and whatnot. Dan rasa agak geram tu timbul hahaha bila aku dengar cerita dia. Aku beli buku ni woi! Kantoi kain pelikat aku masuk dalam gambar... Begini, ada 2 insan bernama Ahmad dan Badriah. Ahmad suka sama Badriah. Badriah tahu hakikat ini walaupun Ahmad tak pernah bilang sama Badriah pun. Biasalah, laki-laki kalau suka sama perempuan, dapat dibaca di riak wajah. Dan Badriah juga suka sama Ahmad, cuma Badriah tak mahu berkelakuan seperti perigi mencari timba.... Jadi, aku yang sedari petang, tengah melompat-lompat macam pocong masa jump rope tadi, ligat berfikir... KENAPA DUA MANUSIA YANG SALING MENYUKA...
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.