Hari ini Hari Guru. Tadi aku terbilang "Hari Cikgu" dan bunyinya janggal sekali. Kata orang Kerteh, awkward. Pabila disebut guru-guru, cikgu-cikgu di sekolah-sekolah lama, macam-macam terlintas. Walaupun zaman sekolah rendah aku boleh tahan seronok, aku lagi suka zaman sekolah menengah daripada sekolah rendah. Tapi nak dibandingkan dengan zaman universiti, memang tak dapat la. Aku gauge aku punya kesedapan pengalaman aku berdasarkan faktor-faktor life lessons learned, kawan-kawan dan rejection, failures. Kalau aku guna faktor populariti, tentulah zaman aku montel comel tak nampak leher lagi best. Ramai peminat kata-kata gosip murahan yang sempat aku dengar. Oh, dan kalau siapa-siapa percaya dua ayat terakhir tadi sila ketawakan diri sendiri sebab anda amat naive dan gullible. Tadi cakap pasal cikgu, ni tiba-tiba cakap pasal zaman belajar. Anyway. We'll get there, my friend. Kalau sebut zaman sekolah, aku ni biasa-biasa orangnya. Did not stand out much if not for my...
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.