Langkau ke kandungan utama

Serigala dan Biri-Biri

"Ini satu kisah. Serigala dan biri-biri. Mereka tinggal bersebelahan, dipisahkan oleh pagar. Serigala selama ini tidak pula ambil kisah akan biri-biri...sehinggalah pada suatu hari...lagipun, bukankah semua cerita kanak-kanak bermula dengan, "Pada suatu hari"?

Serigala baru tersedar akan biri-biri di sebelah kawasannya. Serigala senang sekali berkawan dengan biri-biri. Tapi serigala tertanya-tanya, adakah biri-biri senang sekali mempunyai teman seperti serigala? Lagipun, bolehkah mereka berkawan rapat?

Hari demi hari, serigala cuba untuk menyeberang masuk kawasan biri-biri. Pagar dirobohkan setiap kali dia seberang. Mungkin takut, mungkin terkejut, mungkin juga tidak mempunyai rasa serupa seperti serigala, biri-biri menolak baik pelawaan serigala setiap kali serigala datang. Serigala pun sedar, biri-biri tidak boleh dipaksa dan serigala tidak pula berniat untuk menjadikan biri-biri makanannya, hanya sekadar teman rapat.

Jadi, selepas setiap kali ditolak serigala akan memasang kembali pagar yang roboh.

Dan mereka seperti dulu-dulu, meluangkan masa bersama, antara pagar yang menyempadani kawasan mereka.

Wolf and Sheep. That one sheep.


Sehinggalah, sejak kebelakangan ini apabila biri-biri seperti sudah lupa dan memijak masuk sahaja ke kawasan serigala. Habis pagarnya si serigala! Setiap kali itu, serigala akan memasang pagarnya ke dalam lagi, biar ada sempadan antaranya dan biri-biri.

Dan setiap kali itu jugalah, biri-biri akan robohkan pagar yang baru serigala pasang! Kian lama, kian mengecil kawasan serigala. Serigala buntu kerana dirasakan biri-biri hanyalah menjadi dirinya sendiri, seekor biri-biri yang begitu spontan. Jadi serigala harus mengawal harapannya, jangkaannya dan imaginasinya. Sekarang, kawasannya mengecil. Ataupun, adakah kawasannya sudah menjadi besar? (dan baru?)"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Brooke could not take it anymore and just exploded,
"Cerita apa ni, setan!!??"

"Eh, tak best ke? Pasal metafora dua insan yang tengah main push and pull, kot-"

"Dah, aku tak mau baca benda-benda camni. Pergi siapkan artikel-artikel kita cilok dari CNN, GizmoGadget, LifeTech apa ntah tadi.Cepatttt! Nak sangat jadi full time writer kan! Haa, nah kau!"
Brooke threw the papers to Nathan before aiming another whiteboard marker at his highschool junior who is now stuck with him developing their small website, NateyBruks.

Ulasan

plain83 berkata…
Oh... Arashi no Yoru? ( 6 w 6 )

"Nate Beghuk"... hahahah!
hahaah masa tulis ni tak terfikir pulak pasal cerita tu.

yep, nate beghuk! Pandai!!!

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Want Some Hotdog?

WAHAHAHA!! I laughed when I first see this picture! I don't know whether to laugh at the spelling, or the prices set at that stall. Well, that's pretty mean of me. But it is a good laugh alright. The girlfriend sent me this picture. Before that she asked me, what's the spelling of hotdog in Malay. I said, not that I know of, just write 'hotdog'. Then she sent me the picture. The caption for this picture : "Don't know whose fault, the Malay teacher or the Math teacher?" Maybe it's just another marketing strategy. You know, when people ask, where did you get this? From hokdok stall over there. Brilliant plan on promoting it but fail miserably with the price. How to get profit like this LOL From the way it has been converted to Malay, I reckon the picture at the top was taken in Terengganu. You see, hot=hok. In Terengganu words that end with 't' always sound like 'k'. Example, sesat (lost) = sesak, pekat (thick) = pekak. But pekak (dea...

Koleksi Baju Raya =P

Few days ago, went to Kemaman to get new baju melayu for Hari Raya. hahaha..when it comes to this, I will just accept any baju as long as wearing it doesn't make me the centre of attention on that day. So, what do I have in my collection so far? =P Macam pengantin gitu. =P I don't remember this one. Hmmm My first Raya Aidilfitri away from home, 2007. In Melbourne with my friends from Melbourne Uni. How are you guys? Last year's culture night. Hehehehe. Ore to ore no imoto, Pam. But this purple baju melayu is not mine. My man Azman lent it to me. Thanks heaps man. =) But I guess I kinda like the pengantin one, though it did make me a bit 'famous' due to its glittering when exposed to light. I guess, I was once an Edward Cullen wahahahah! Ok, that's not funny. My bad. *ehem* ehem* The only complete family picture. With my Silat Cekak Hanafi gang at the end of 2006. What's up guys? =) So, this time around went to Kemaman, to this one shop at the basement level ...