Langkau ke kandungan utama

Hikayat Geringnya Putera Raja Ram

Sebenarnya, aku memang malas nak berjumpa doktor di klinik mahupun hospital kalau sakit demam saja. Lagipun, aku percaya kepada sistem imun badan aku ni. Jadi, tadinya aku ke klinik sebab onset demam ni tiba-tiba, yang selama beberapa hari telah aku abaikan dengan memujuk diri "Minum air, tidur kang elok ah. Weekend ni lek je ah."

Oleh sebab aku baru pindah ke kawasan ni, aku cuma tahu mamak mana yang sedap dan bersih bersertakan servis bagus, dan kedai tomyam mana yang bolehlah. Mencari klinik yang buka pada hari Ahad ni rupanya satu cabaran juga. 3 klinik aku pergi, semuanya tutup. Ada satu yang buka, tiada orang di kaunter. 10 minit menunggu, kepala makin berdenyut. Terus, aku keluar ke tempat lain.

Akhirnya, ketemu juga Klinik I-Care. "Harapnya kamu benar-benar care pasal aku ya, doktor" bersuara aku, out loud. Mujur masih dalam kereta, kalau di luar dan ada orang, pasti sedikit segan rasanya.

Selepas siap segala urusan, berserta MC, ya MC. Hari Ahad aku sepatutnya bekerja. Walaupun company aku ada policy 4 hari medical leaves tanpa MC, rasa sedikit yakin adanya sekeping kertas ini. Selama aku bekerja, aku jarang mahu ambil MC. Mengikut logik akal aku, kalau aku berupaya memandu kereta ke klinik hanya semata-mata mahu MC, masakan aku tidak boleh bekerja?

Tapi logik akal itu hanya boleh dipakai untuk kerja-kerja terdahulu. Sekarang field work aku di hospital-hospital berjumpa doktor-doktor. Nah, itu satu risiko buat aku untuk lagi mendedahkan diri kepada bakteria, virus atau jangkitan kulat mungkin. Mungkin sedikit melampau imaginasi aku, tapi melihatkan keadaan pesakit di ICU, wad, better safe than sorry homie.

Aku mahu tidur, lena. Tapi tak dapat melelapkan mata. Jadi, aku di sini melampiaskan kata-kata, yang mungkin dapat mendodoi aku, ke alam mimpi.



Okay, buhbye.

Ulasan

plain83 berkata…
Tidoq danny boi, tidoq...

;3
cEro berkata…
Rehat cukup2, then nanti mulakan minggu baru tahun baru dengan semangat!

**ceh konon, padahal aku pon malas gila hari isnin nak fikir psal dunia**
tidoq mati...nasib tak mati teruih ja. hahaha

ada hikmah aku tak start kerja lagi tahun baru ni. hihihihi

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Koleksi Baju Raya =P

Few days ago, went to Kemaman to get new baju melayu for Hari Raya. hahaha..when it comes to this, I will just accept any baju as long as wearing it doesn't make me the centre of attention on that day. So, what do I have in my collection so far? =P Macam pengantin gitu. =P I don't remember this one. Hmmm My first Raya Aidilfitri away from home, 2007. In Melbourne with my friends from Melbourne Uni. How are you guys? Last year's culture night. Hehehehe. Ore to ore no imoto, Pam. But this purple baju melayu is not mine. My man Azman lent it to me. Thanks heaps man. =) But I guess I kinda like the pengantin one, though it did make me a bit 'famous' due to its glittering when exposed to light. I guess, I was once an Edward Cullen wahahahah! Ok, that's not funny. My bad. *ehem* ehem* The only complete family picture. With my Silat Cekak Hanafi gang at the end of 2006. What's up guys? =) So, this time around went to Kemaman, to this one shop at the basement level ...

Want Some Hotdog?

WAHAHAHA!! I laughed when I first see this picture! I don't know whether to laugh at the spelling, or the prices set at that stall. Well, that's pretty mean of me. But it is a good laugh alright. The girlfriend sent me this picture. Before that she asked me, what's the spelling of hotdog in Malay. I said, not that I know of, just write 'hotdog'. Then she sent me the picture. The caption for this picture : "Don't know whose fault, the Malay teacher or the Math teacher?" Maybe it's just another marketing strategy. You know, when people ask, where did you get this? From hokdok stall over there. Brilliant plan on promoting it but fail miserably with the price. How to get profit like this LOL From the way it has been converted to Malay, I reckon the picture at the top was taken in Terengganu. You see, hot=hok. In Terengganu words that end with 't' always sound like 'k'. Example, sesat (lost) = sesak, pekat (thick) = pekak. But pekak (dea...