Langkau ke kandungan utama

Puisi Mentah Putus Hati

Expressing myself in poetry, not really my forte. But reading this piece I made few months after my first heart break is kinda funny. Maybe because I am so not used to writing poem and I am not that articulate and expressive. Be the judge, fellow readers of this blog.


...................................................................................................................................................................


Aku kira kamu tidak layak,
Untuk melayan aku begini,
Kerana kamu telah bersalah pada aku,
Mana mungkin mereka yang bersalah bisa berlaku begini,
Kalau kerana tiada rasa sesal,


Aku kira kamu tidak layak,
Untuk bergembira,
Meneruskan hidup,
Seolah-olah tiada jiwa terkorban,
Tiada hati terobek hancur,
Seolah-olah aku yang bersalah kerana masih di sini,
Sedangkan aku di sini kerana janji.

Aku kira kamu tidak layak,
Untuk ketemu jodohmu,
Kerana akhirannya,
Kamu tetap akan mensia-siakannya,
Hatta sebaik malaikat,
Sekacak Yusuf,
Sekaya Daud,
Kerana mana mungkin kamu tahu menghargai,
Seperti kera mendapat bunga.

Aku kira aku tidak layak,
Untuk mengatakan semua ini,
Sedang aku punya khilaf juga,
Tapi aku tahu,
Aku layak bahagia,
Tapi tidak kamu,
Itu kiraan aku.

Tutup kalam,
Tuhan bersama mu.


Ulasan

plain83 berkata…
hmmm... bolehlah jugak, buat lirik lagu pun ok tuh, plucking note kasi bunyi mellow... huhu~ (^_____^")

salam lebaran, 0-0 lah hendaknyer~ ^^
hehhee ko buat lah. menang award, 50-50.aku penulis lirik, ko komposer. =P
Kat berkata…
Nice puisi - full of emotions
reading it makes me feel like i was there all over again.

thank you for the nice words on such amateur work =)