Langkau ke kandungan utama

Does and Is

Selalunya, ramai yang terkeliru antara "does/do" dan "is/am/are". I am no language teacher but I am just sharing my way of learning this back in school, and how not to get these two confused. Eh, tercampur bahasa pulak =___="

(Mula-mula sekali, nak jelaskan yang ni bukan dalam masa lalu (past), ni masa sekarang jadi kita guna yang present tense. Bahasa inggeris, korea, jepun dan ada sesetengah bahasa lagi mungkin, ada gaya bahasa macam ni. Kalau dalam bahasa Malaysia, kita takde gaya macam ni. Dalam penggunaan ayat nak menerangkan sesuatu pada masa yang lalu, kita menggunakan "telah", "sudah", "dah","masa lalu". Dalam penggunaan bahasa Malaysia tiada kata kerja (verb) yang ditukar semata-mata nak menyampaikan bahawa perkara ni dah berlaku.

Okay, dah terlajak guee... )

Pada situasi apakah boleh guna "does", "is" dengan betul?

Okay, ni aku punya stail.
"Does/Do" ni merujuk kepada perbuatan. Makan, berjalan, berfikir (think), rasa (feel).

"Is/Am/Are" pula, macam mana? "is" ni aku ibaratkan macam ialah, adalah. Tak perlu kusut.

Contoh kesalahan yang aku dengar, baca.

"Are you subscribe to unifi?"
"You are suck!"
"He is play game right now"

Biasa yang aku tengok dan dengar macam contoh-contoh yang diberi kat atas tu.

Kalau nak guna are jugak untuk ayat pertama tu, boleh cakap macam ni
"Are you a Unifi subscriber?"
or
"Are you a celcom user?",
or
"Are you subscribing to any internet service provider?"
 Kalau tak guna "are", boleh ayat macam ni "Do you subscribe to Unifi?"

Kalau "suck", orang cakap macam ni,
"You suck!" sebab "suck" tu verb, kata kerja. Jadi macam aku cakap sebelum ni, untuk verb, kita guna do/does.
Tapi, do/does tu boleh digugurkan, tak perlu. "You do suck" boleh je tapi macam panjang. Biasanya cakap orang tu "suck" nak cakap dengan cara marah, cool. Kalau cakap "You do suck" stail cakap tak cakap je. Mungkin boleh guna "You do suck" dalam keadaan dah tak larat nak marah, cakap je secara pasrah kat orang tu, "*sigh*Dude, you do suck." Hahahaha

"He is playing game right now" menunjukkan orang tu tengah,sedang dalam proses bermain game.
"He plays video game" pula membawa maksud orang tu memang main video game. Kiranya dia gamer lah dan sebab tu dia main video game.

Contoh situasi la kan. Ahmad bertanya kepada Derrick "What does Danny do when he is free?" "Oh, he plays video game, dude." balas Derrick kepada Ahmad. Macam tu.

Benda-benda macam ni, kena biasakan diri dengan perkataan-perkataan tu, adakah kita akan guna kata kerja (verb) ke atau kata-kata sifat/adjektif (adjective),kata nama (noun). Kiranya kalau selain kata kerja, baru guna is/are/am tu.

"I am beautiful."
"He is a handsome man." Bukan "he is a handsome." tergantung macam tu. Kalau dalam bahasa Malaysia, jadi macam ni tergantungnya "Dia ialah seorang kacak." Sebetulnya orang akan cakap "Dia kacak" atau "Dia ialah seorang lelaki yang kacak/seorang yang kacak."

Aku tak tahu sebanyak mana post kali ni membantu dalam pencerahan tatabahasa bahasa Inggeris, cuma harapan aku adalah yang lebih faham dan dicerahkan untuk tidak buat kesalahan-kesalahan biasa yang ramai buat.

Rajin-rajinlah tengok Oh My English! Bagus amat.

Okay, selamat malam y'all!

Ulasan

plain83 berkata…
Yep, I'm no language teacher too but I do notice these common mistakes that people usually make ^^

Untuk ayat soalan 'Are you subscribe to unifi', paling dekat nak baiki ayat ni boleh jadi 'Are/Have you subscribed to unifi'.

Other than the common mistakes mentioned, 'that's mean' juga selalu digunakan dengan selambe badaknyer, yang mana penggunaan yang sepatutnya ialah 'that means', yang membawa maksud 'ianya bermakna'. ^^

Btw, ni nanti ada yang nak cop spesis macam kekiter nih 'grammar nazi' atau simply bajet bagos... oh my society~ XD
Aaaa betul2, have you subscribed lagi tepat pertanyaan tu.
memang banyak lagi tapi buat masa sekarang bagi tau beza antara do/does dengan is/are/am. nanti ada idea bagi tau aa kat blog. boleh cilok wakakaka!

ps: takde aih orang nak cop2. husnuzon. hahaha =)
Zam berkata…
sempoi nye entri.. hehe
terima kasih datang ke blog, zamani abe. =)
Dayang Deno berkata…
thanks for this tips :) jumpa satu lagi blog bahasa inggeris.. i like it!^^
no worries deno. thanks for dropping by

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Want Some Hotdog?

WAHAHAHA!! I laughed when I first see this picture! I don't know whether to laugh at the spelling, or the prices set at that stall. Well, that's pretty mean of me. But it is a good laugh alright. The girlfriend sent me this picture. Before that she asked me, what's the spelling of hotdog in Malay. I said, not that I know of, just write 'hotdog'. Then she sent me the picture. The caption for this picture : "Don't know whose fault, the Malay teacher or the Math teacher?" Maybe it's just another marketing strategy. You know, when people ask, where did you get this? From hokdok stall over there. Brilliant plan on promoting it but fail miserably with the price. How to get profit like this LOL From the way it has been converted to Malay, I reckon the picture at the top was taken in Terengganu. You see, hot=hok. In Terengganu words that end with 't' always sound like 'k'. Example, sesat (lost) = sesak, pekat (thick) = pekak. But pekak (dea...

Koleksi Baju Raya =P

Few days ago, went to Kemaman to get new baju melayu for Hari Raya. hahaha..when it comes to this, I will just accept any baju as long as wearing it doesn't make me the centre of attention on that day. So, what do I have in my collection so far? =P Macam pengantin gitu. =P I don't remember this one. Hmmm My first Raya Aidilfitri away from home, 2007. In Melbourne with my friends from Melbourne Uni. How are you guys? Last year's culture night. Hehehehe. Ore to ore no imoto, Pam. But this purple baju melayu is not mine. My man Azman lent it to me. Thanks heaps man. =) But I guess I kinda like the pengantin one, though it did make me a bit 'famous' due to its glittering when exposed to light. I guess, I was once an Edward Cullen wahahahah! Ok, that's not funny. My bad. *ehem* ehem* The only complete family picture. With my Silat Cekak Hanafi gang at the end of 2006. What's up guys? =) So, this time around went to Kemaman, to this one shop at the basement level ...