Usai solat, dia meneguk air mineral di sebelah katilnya. Lagaknya seperti orang yang mahu betul-betul mabuk, biar lupa segala hal isu masalah duniawi. Diteguknya air itu laju-laju hingga bunyi deguk itu semakin kuat dengan setiap tegukan. Mungkin juga deguk itu diharapnya untuk menenggelamkan suaranya sendiri yang sedang meratap pilu. "Woii! Ingat kau turun bawah, tadi. Lama aku tunggu kat surau!" Wang, budak Muar memekik, dan sambil-sambil itu mengetuk pintu bilknya dengan kuat. "Sorry bro. Rasa lemau sikit badan ni." balas Lukman, perlahan. Wang sekadar mengangguk lemak, mengkontradiksi perlakuannya sebelum ini. Mungkin dia memahami apa Lukman lalui. Mungkin juga dia buntu. Atau boleh jadi dia sudah malas dan jelek dengan perangai teman rumahnya itu. Masakan tidak, cerita sudah dua bulan berlalu dan Lukman masih lagi di situ, harfiahnya. Tidak keluar rumah bersosial sekalipun. "Haa, ni aku ada bungkus tosai telur ko. Mana tau pagi ni ko nak cheat meal...
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.