Langkau ke kandungan utama

Okay, Serius Tak Boleh Tidur Dah

Padan muka pergi blog pukul 3. Terus aku sakit kepala satu hari semalam. Tengok Avengers pon hanya dengan separuh penghayatan. Balik semalam, terus aku lena sampai kol 3 pagi, tapi aku paksa tidoq juga, pasaipa, aku punya kepala berat sangat. Tak tau la kalau ada menatang mana tekan kepala aku ke apa.

Tadi bangun Subuh, dah ringan. Jadi, mungkin menatang tu pergi masjid ke wallahualam.

Dan, walaupun masih lagi rasa sleep deprived, aku tak boleh tidur dah. Ini body clock dah kacau bilau kucar kacir! Cuti tak cuti mesti mau mangkit waktu yang sama. Petang satgi tidoq. Tapi sayang, petang ni aku nak ke KL.

Untuk apa? Untuk bertemu keluarga tercinta di Balakong hahaha. Okla tu, dan juga sebab esok aku nak ke PWTC, ke Pesta Buku Antarabangsa KL. Aku nak kena ketemu juga Abang Mut Dubook Press, sama Abang Lepat yang datang jauh dari Jerman, meninggalkan Aminah dan Azali. Kasihan Aminah, menangis. Jadi, walau aku hanya sa-orang (stail lama sikit) aku nak perjalan Abang Lepat ke Malaysia ni berbaloi la. You can make a difference, katanya.

Video kasi runtun jiwa

Walau apa orang kata pasal penerbit buku indie ni, yang pasti aku nak berterima kasih sama mereka. Kalau tak, mungkin aku takkan mula membaca sekali lagi. Masa kecik, aku memang minat membaca; komik LOL, ensiklopedia, dan buku-buku Enid Blyton's yang versi Melayu punya pasal 5 Penyiasat. Aku rasa inspired baca buku penyiasat tu sebab yang pandai dalam cerita tu, watak yang bernama Gemuk ke apa. Masa sekolah rendah, aku bulat comel amat tak nampak leher. Hahahaha! Mungkin antara sebab aku kuat belajar sebab nak jadi pandai macam Gemuk, cuma mungkin, at hindsight, pandai akademik dan pandai si Gemuk tu berlainan.

Cuba cari lehernya di mana


Jauh melalut, kembali semula ke landasan cerita aku ni. Buku-buku indie yang aku dah baca cuma setakat ni dari dua publisher je - DuBook Press dan Fixi. Fixi pula ada macam-macam siri Fixi Novo, Retro,Kombo apakejadah. Aku ada beli Novo punya siri dan Retro. Yang Usman Awang punya buku, "Yang Nakal-Nakal" aku baca dulu tu dari Fixi la. Fixi Novo, buku-bukunya dalam bahasa Inggeris. Bagi aku, balanced ah. Buku-buku bahasa Melayu aku beli kat Dubook, bahasa Inggeris pula sama Fixi Novo.

Nakal sangat.


Bila dah baca buku-buku Inggeris Fixi Novo ni, aku pon mula lah cari berat, ke mainstream. So far aku cuma ada buku Jack Reacher ditulis oleh Lee Child. Tebal ya amat! Dan aku juga mula memberanikan diri baca buku berat pasal keagamaan, falsafah. Politik dunia je tak lagi. Tapi, tu la kan. Tak habis lagi baca...hahaha...

Pak menakan aku berlakon cerita Jack Reacher ni.

Jujurnya, aku rasa sedap membaca. Baca apa-apa pun. Kau dapat tahu, dan memahami (atau cuba, kalau tak dapat) apa yang penulis nak sampaikan. Apa dia fikir, apa dia rasa. Lepas kau baca, kau bersoal jawab dengan diri ke, dengan kawan-kawan ke, atau yang arif dalam bidang. Bagi aku, itu untuk kau tambah nilai (add value) dalam diri. Fiksyen ke, non-fiction ke, autobiography, ensiklopedia ke. Pasti ada sesuatu kau dapat.


Kalau rasa tak dapat apa-apa, maknanya dapat juga. Dapat tahu kau banyak lagi tak tahu.

Ulasan

plain83 berkata…
Danny boi looked so innocent in his adolescent days... dawwww, jom main bungapi sparkle king cat sama2 dgn akak?~ hahahah X3

*tetiba teringat budak2 kecik main bungapi time hari raya lol...
hahaha adolescent sangat. kiranya sekarang ni Danny Man la, bukan Danny Boy? hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Reconnect: My Journey Back to Blogging

 Hello, fellow travel enthusiasts and friends of Malaysian adventures! It's been an incredible journey, one that saw me take an unexpected hiatus from blogging for more than three years. Life happened (more like COVID happened) —responsibilities, changes, and personal growth—but one thing remained constant: my love for exploring the beauty and diversity of Malaysia. With power to put Dillan on my back, comes great responsibility! Today, I'm excited to announce my return to the world of  blogging. It's a bit like revisiting an old friend and reminiscing about unforgettable experiences. As I dust off my keyboard and sift through the memories of past travels, I can't wait to reconnect with all of you and share new adventures. Reflecting on the Past During my hiatus, I took the time to recharge, reflect, and embark on new journeys, both physically and emotionally. I've explored different aspects of life, including my passion for raising awareness about autism, delved de...

Hang Tuah The Animation?

Woah, woah! Read this at beautifulnara about a three way agreements signed by Japanese anime studio Gonzo (Blood: The Last Vampire), Malaysian animation studio Funcel and Malaysia's National Film Development Corporation to produce Hang Tuah the animation! The protagonists....maybe? The antagonists...look so.. It sounds cool to me at first but I am being a bit skeptic about having non Malaysians to make an anime out of this legendary warriors, Hang Tuah and his friends. What more, I wonder are the voice actors gonna be Japanese too? I remember watching Silat Lagenda. That was awesome for our technology that time. But I think I shouldn't be all negative about Gonzo studio animating Hang Tuah because it's a collaboration....I think? Well, you guys can read more here and here . hehehehe