Langkau ke kandungan utama

Catatan

Reconnect: My Journey Back to Blogging

 Hello, fellow travel enthusiasts and friends of Malaysian adventures! It's been an incredible journey, one that saw me take an unexpected hiatus from blogging for more than three years. Life happened (more like COVID happened) —responsibilities, changes, and personal growth—but one thing remained constant: my love for exploring the beauty and diversity of Malaysia. With power to put Dillan on my back, comes great responsibility! Today, I'm excited to announce my return to the world of  blogging. It's a bit like revisiting an old friend and reminiscing about unforgettable experiences. As I dust off my keyboard and sift through the memories of past travels, I can't wait to reconnect with all of you and share new adventures. Reflecting on the Past During my hiatus, I took the time to recharge, reflect, and embark on new journeys, both physically and emotionally. I've explored different aspects of life, including my passion for raising awareness about autism, delved de
Catatan terbaharu

Selepas Setahun

 Hari ni dah 15 Julai 2021. Kes Covid-19 pon dah kurang, tahap bahaya dah turun sama dengan virus influenza yang duk ada ni.... Tipu ja. Tengah duk lockdown lagi ni dari bulan 1. Tapi bulan 2, 3 hari tu boleh rentas daerah. Masa pertengahan bulan puasa, tak kasi rentas daerah, SOP terbaru untuk PKP betul-betul PKP lockdown. Jadinya aku tak dapat beraya rumah mentua tahun ni. Habis kena qada' tahun depan ah.  Dengan lockdown yang betul-betul lockdown ni, akhirnya kes pon dah turun ke 1-jap, aku bohong lagi. Hari ni, kes baru 13 ribu. Yes, you read it right, your eyes are not playing tricks on you. Aku tengah taip ni, TIGA BELAS RIBU KES POSITIF BARU DILAPORKAN PADA HARI INI 15 JULAI 2021. Kematian? Aku dah jadi macam orang takdak perasaan, numb dah.  Aku sekarang ni rasa, lebih kepada marah. Rasa helpless tu ada ja. Siot, it is already August 2021. 9th August 2021.

Iklan Pokcik Nubs dan Langit Senja 2020, Juga Tentang...Jangan Tahu Buat Anak Je!!!

Kat sidebar kanan tu, atas sekali. Haaa, iklan jap. Kalau korang perasan, aku ada letak ikon media sosial untuk dua akaun umum aku, iaitu, Pokcik Nubs dan juga Langit Senja 2020 . Sebenarnya, aku nak letak nama "langitsenja" cuma ni kan tahun 2020, memang dah ada orang lain pakai dah jawabnya. Yang buat aku rasa bengang dan kecewa hahaha sebab akaun langitsenja tu, takde apa-apa gambar pon! 😠😝 Aku rasa dia nak jual nama instagram ni, sebab tu dia tak letak apa-apa gambar lagi. Fuh, it's okay, I'll just add 2020 at the back of my langitsenja. 😝 Tiba-tiba aku semangat nak create content . Bini aku suggest aku buat content  untuk bapa-bapa generasi aku, generasi millenial. Sebab di Malaysia ni, heck,  hatta di seantero dunia ni ramai ibu-ibu yang menyumbang kepada content pasal keibubapaan, dan tak hairan jugak golongan sasaran untuk sebarang kempen pemasaran barangan bayi, kanak-kanak ni, ialah golongan ibu. Mereka ni punya purchasing power, kuasa membeli yang lagi

Anak Laut

Aku rasa aku syok sendiri je setiap kali aku menggelarkan diri sebagai "Anak Laut". Hahaah Tapi nak buat macam mana kan, kalau memang aku rasa seronok, teruja, macam balik kampung setiap kali aku dekat laut, pulau, pantai. Ni, aku tengah duk menaip pasal ni je pon kepala aku tak berdenyut. Wallpaper PC aku ni gambar perempuan mana duk berjoging di pantai, dengan ada dua struktur batu di tengah laut, macam Twelve Apostles di Apollo Bay, Australia. (Tapi sekarang ni dah berapa ketul je tinggal, 7 kot..) Aik, only 4 left standing?? Habis rambut. Suka aku tempat ni, sejuk nak mampus. Ore to ore no imoto, Pammu. Genki desu ka, Pammu? Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke pantai, laut, pulau ni, masa akhir tahun lepas di Pulau Pinang. Balik kampung. Terubat jugak rindu lama tak ke pantai. 2019 aku cuma ke Siem Reap, company trip. Takde percutian jauh-jauh sebab baru saja menimang cahaya mata kan. Jadi, berbalik kepada cerita, masa balik kampung tu, ada satu malam aku dah buat temp

Rumah Tinggal

Duk bercerita pasal kampung Abah di Johol tu, membawa aku kepada pemerhatian aku sepanjang aku balik kampung dulu-dulu. "Rumah tinggal" ni macam fenomena biasa di Negeri Sembilan. Sebab pengalaman aku, kalau jumpa dengan teman sebaya, yang kebetulan mak atau bapanya orang asal dari Negeri Sembilan, boleh dikatakan lebih daripada separuh akan cakap, "kampung takde sape dah, rumah tinggal." Dan bila aku lalu kawasan-kawasan kampung ni dulu pun, nampak banyak rumah kosong.  Tapi boleh jadi nampak je kosong, tapi ada je penghuninya, kan? Dan fenomena (LOL fenomena) "rumah tinggal" ni tak eksklusif hanya di Negeri Sembilan, sebab bila aku buat carian di Google, banyak juga kawasan di luar bandar yang terkesan akibat penghijrahan anak-anak muda luar bandar ke bandar. Ni berita tahun 2015. Sumber BH Setakat ni, aku nampak bila ada rumah tinggal yang banyak la jugak, ada peluang berniaga bagi tukang-tukang kayu, pembekal kayu-kayu. Sebab depa ambik dari rumah-ruma

Bau Kampung Johol

Pagi semalam, kurang lebih jam 10:30, aku sampai juga ke kebun pakcik kepada isteri aku. Kat mana? Kat Hulu Langat. Memang cukup terkenal tempat ni dengan kebun, homestay dan resort, chalet sebab ada banyak sungai. Aku pulak dah lama tak ke kebun, hutan, jadi, macam teruja juga nak ke kebun tu. Sampai je, bukak pintu terus mengimbau kenangan. Rasa nostalgia, melankolik apa semua lah. Sebab ada bau yang mengingatkan aku akan kampung belah Abah aku di Johol, Negeri Sembilan. Yang buat rasa melankolik tu, sebab rumah di sana dah "dirobohkan" ( for lack of better words ) jadi atas tanah kat sana aku rasa memang kosong kot. Nanti aku tengok balik Whatsapp group keluarga belah Abah aku. Eh, melalut pulak tapi alang-alang dah termasuk "simpang" cerita pasal kampung Abah, layan je la. Kampung Abah tu, dekat dengan Air Mawang. Kampung Masjid Tua nama diberi. Kat laman rumah tu dulu, ada pokok kelapa, pokok durian, pokok rambutan (paling banyak) dan surau kecil yang seingat a

Pokcik Nubs! Noobies Acah Tua (Baru 33 tahun..😅)

Sepanjang PKP dari 18 Mac tahun ni, sampai lah sekarang PKPP, aku ada buat Facebook page baru, khas untuk streaming secara langsung, PUBG Mobile. Sebab tak boleh lepak dengan kawan-kawan aku dua orang ni, kitorang bertiga pulak memang dah ada group Whatsapp sendiri, tu yang terlahirnya POKCIK NUBS Nama page Pokcik Nubs sebab kitorang memang agak noobs lah kalau nak dibandingkan dengan orang lain, yang selalu main, yang memang lagi punya skill dan tindak balas, refleks yang bagus, dengan budak-budak sekolah lagi. Kami bertiga pernah dapat matched dengan budak 6 tahun.....yang kebetulan anak kawan sekolah menengah kami. Tu lawak. Jadi, macam Pencetus Ummah punya peserta, dipanggil gelarang PU Sekian, sekian, ahli Pokcik Nubs ni 3 orang je (sebab rasanya member-member yang join kitorang ni tak noobs sangat haahah) dan diberi panggilan PN. Macam aku sendiri, PN Danial atau PN Dan ah. Hahaha Melalui page facebook Pokcik Nubs ni jugak, aku belajar skil baru untuk edit video walaupun sebelum