Apa cerita baru aku? Dah bersawang blog ni selama 12 bulan. Mungkin lebih. Nanti aku check.
Cerita paling baru, dunia dalam proses pemulihan dari wabak COVID-19. Siapa sangka akan berlaku keadaan macam ni, 3 bulan terkurung di rumah, terbatas segala gerak, yang hanya dibenarkan bila perlu sahaja - beli barangan runcit.
Aku pulak dah jadi bapa kepada seorang budak lelaki penuh akal, berumur 15 bulan. Kecik lagi, walaupun dah boleh melangkah jauh di dalam rumah. Di luar saja masih tak berani lepas tangan.
Dulu masa bujang, dengar cerita dari teman yang dah beranak pinak, aku bersangka mereka hanya membuat cerita, kononnya bila ada anak, kau rasa mahu duduk di rumah sahaja, bermain dengan mereka. Buat cerita supaya aku, yang pada masa itu hanya seorang bujang, untuk cepat-cepat bernikah. Hahaha
Tapi betul, setiap kali aku tengok anak aku, ada rasa tenang di situ. Denyut sakit kepala aku yang kerap ada biasanya memang hilang terus bila aku dengan anak aku. Biar pun nampak dia lagi mesra dengan isteriku, aku senang setiap kali dia tersenyum hibur.
Mungkin, aku akan lebih senang juga kalau waktu tidur anakku ini juga seperti aku, bangun Subuh jam 6, dan bukan jam 3, 4 pagi, kemudian terhantuk kepala di dinding! Aduh!

The very rare moment when he wants to snuggle up to me. While watching Little Baby Bum Youtube channel! 😅 |

Ulasan