Pages

Saturday, August 20, 2016

Workout

"Mende-mende pon, mu workout je Danial. Doksoh care ke lain."

Yang tu je Adib duk cakap kat aku sepanjang cuti baru-baru ni. Yang mana, aku sebenarnya bersetuju sangat. Dah berapa tahun aku start benda alah ni, tapi result biasa-biasa je. Aku memang perlukan keazaman luar biasa, iron willpower kata orang Kerteh.

Dulu, Adib ada bagitau, it's 20% workout, 80% diet. Semenjak dia duk suruh aku buat Tabata, dia dah up-kan kepada 30% workout, 70% diet. Bagi aku, masalah aku diet, tapi apa-apa pun, aku rasa aku kena rajin gi gym balik. Come what may. Kerja sucks ke, heartbroken ke lol, duit takdak ke, pi gym jugak. 

Matilanak!

Detik-detik menggedik aku nak pakai singlet yang berakhir dengan sunburn teruk. Kahkahkahkah!


Aku syok bila ada bestie aku Adib ni. Mamat ni suka push aku to the max dan dia ada power of persuasion bila mai bab workout. Macam masa kat Tioman baru-baru ni, 3 hari straight aku buat tabata walaupun hari ke-2 aku cuma buat 2 cycles dan hari terakhir aku buat 1 cycle ja. Penat woi, berenang ombak kuat.. Syukur aku pandai berenang dan juga tenang.

Tabata tu apa? Tabata ni, merupakan sejenis High Intensity Interval Training (HIIT), dalam bahasa Malaysia, Latihan Berkala Intensiti Tinggi? Hahahah fail!

Gua cilok dari HIITACADEMY hahaha


Macam dalam gambar ni, kalian boleh tengok set exercise buat dalam 20 saat, diikuti rehat selama 10 saat. Itu baru dikira satu set la. Dalam satu cycle atau kitaran, boleh buat 4 set minimum, atau 8 set. Mula-mula, digalakkan 4 set dulu. Lama-lama rasa nak push, buat 8 set 1 cycle ke, 4 set 2 cycle ke. Terpulang.

Berbalik kepada Adib dan amanat nasihat dia kepada aku, betul lah. Aku workout je. Dan juga jaga makan la. Tapi apa-apa pun, ni je jalan aku. Masih terngiang-ngiang lagi dalam telinga aku kata-kata Adib. Damn.... rindu member saboh aku ni...


hehehehe



3 comments:

plain83 said...

Ooh aku buat simple stretching and aerobic moves je sikit2 setiap hari, janji keluar peluh. Keh keh...

Danial Jaafar said...

gigih aku balas setiap komen pembaca setia blog ni!! YEAHHH!!! XD

plain83 said...

kena gigih gak balas danneh, aku check balik ni lol...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails