Cinta aku kepada islands and beaches umpama cinta seorang kelas Kapal kepada pelayan yang dikunjung kelasi itu setiap beberapa bulan sekali.
Cinta dia itu, membuak-buak dapat berjauhan. Tapi, entah cinta entah nafsu. Tapi, adakah cinta selalu ditemani nafsu di belakang nya? Bukankah cinta itu nafsu?
Tinggalkan sebentar soal cinta nafsu ini.
Aku tengah nak cakap pasal islands and beaches ni.
Aku ibaratkan islands and beaches seperti pelayan yang lama tak ketemu kerana di islands and beaches ni aku rasa dilayan baik oleh semuanya.
Tenang itu rasa agung yang aku kecapi. Lebih-lebih lagi bila malam aku terbaring atas kerusi malas, atau lagi malas aku terbaring sahaja atas pasir pantai itu. Sambil terbaring mata aku terpukau melihat siling alam pada waktu malam. Di islands and beaches.
Siling yang aku nampak di islands and beaches, tidak pernah tidak cantik. Bintang bintangnya banyak, ada biru, kuning, sedikit ungu, jingga. Campuran warna itu memberi satu tumpahan warna kepada siling alam. Ah, nanti aku tunjukkan kau gambar. Aku dengan kata-kata ni, tak pandai. Boleh berterabur makna dan susun atur.
Tidor dulu, nanti kau tengok siling malam.
Ulasan