Langkau ke kandungan utama

Jahat

Usai solat, dia meneguk air mineral di sebelah katilnya. Lagaknya seperti orang yang mahu betul-betul mabuk, biar lupa segala hal isu masalah duniawi. Diteguknya air itu laju-laju hingga bunyi deguk itu semakin kuat dengan setiap tegukan. Mungkin juga deguk itu diharapnya untuk menenggelamkan suaranya sendiri yang sedang meratap pilu.

"Woii! Ingat kau turun bawah, tadi. Lama aku tunggu kat surau!" Wang, budak Muar memekik, dan sambil-sambil itu mengetuk pintu bilknya dengan kuat.

"Sorry bro. Rasa lemau sikit badan ni." balas Lukman, perlahan.

Wang sekadar mengangguk lemak, mengkontradiksi perlakuannya sebelum ini. Mungkin dia memahami apa Lukman lalui. Mungkin juga dia buntu. Atau boleh jadi dia sudah malas dan jelek dengan perangai teman rumahnya itu. Masakan tidak, cerita sudah dua bulan berlalu dan Lukman masih lagi di situ, harfiahnya. Tidak keluar rumah bersosial sekalipun.

"Haa, ni aku ada bungkus tosai telur ko. Mana tau pagi ni ko nak cheat meal breakfast ke. Aku tengok oats, buah-buah ko pon dah habis. Aku pulak nak keluar juga gi pasar tani Shah Alam. Saja jalan-jalan. Nak ikut tak?"

Lama Lukman berfikir, sebelum menjawab, "Hmm bolehlah. Rasa macam lama tak keluar rumah." yang betul-betul mengejutkan Wang, tapi Wang berasa girang, sekurang-kurangnya Lukman mahu mengikutnya keluar daripada terperuk lagi mensia-siakan sisa hujung minggu itu.


Di pasar tani Shah Alam itu, seperti biasa, manusia berbondong-bondong menjalani urusan harian masing-masing. Penjaja, peniaga, penghibur jalanan, juga insan-insan istimewa yang cuba mencari rezeki halal dengan kudrat izinNya ilahi. Melihatkan semua itu untuk sekian lamanya, membuatkan Lukman terfikir sesuatu.

"Jahat..."

"Apa dia?"

"Tak, cuma aku rasa kat pasar tani ni, ramai jugak manusia jahat."

"Maksud kau?"

"Tak semua mahu kasi duit dekat pakcik dan makcik yang berselawat, menyanyi qasidah di sana.", Lukman menuding ke arah sepasang suami isteri yang cacat penglihatan mereka.

"Semua orang kan ada sebab masing-masing. Lek ah, bro."

"Mungkin. Tapi tu tak bermaksud diorang semua tak jahat hanya kerana mereka punya sebab tersendiri, yang bersifat peribadi."

Pada saat itu, Wang tahu dia memang harus, kena, patut, mencelah dan menarik Lukman semula.

"Man, ada ke orang yang tak 'jahat', tak buat hatta satu 'kejahatan' sekalipun? Aku berani potong jari, kau takkan jumpa punya lah. Sedangkan bayi yang baru lahir itu pun, kalau mengikut definisi pukul rata kau, 'jahat'. Okay, ataupun, ibu bapanya itu yang jahat. Silap, cross that, si suami yang jahat, cuma melampiaskan benih ke dalam isteri. Yang menanggung semua sakit selama 9 bulan, siapa? Si isteri. Dan si kandungan yang menjadi bayi, ya, itu pun jahat lah."

Ni gambaq pasar ramadhan, diculik dari sixthseal 


Lukman tersentak, "Wahh, takdelah sampai ke situ. Aku cuma terfikir jahat je tadi..."

"Sorry bro, aku cuma tak nak kau putus harapan untuk hidup. Tolonglah, kita ni jauh lagi perjalanan, insya Allah, takkan nak buang masa, statik tak bergerak-gerak!" Wang menyuarakan isi hati terpendam selama sebulan lebih.

"Terima kasih, Wang. Aku rasa bertuah ada kawan 'jahat' macam kau, ajak aku keluar pagi-pagi ni. Hehehehe..."

Wang sedikit terpegun, mungkin juga mengagumi dengan penuh hairan, bagaimana dapat Lukman berubah begitu cepat.

"Kau okay, Man?"

"Aku rasa aku dah okay, Wang. Lama sangat bertapa dalam rumah. Hari ni aku rasa betullah."

"Apa yang betul Man?"

"Hahahaha!!" Lukman tertawa melihat bingung riak muka sahabatnya itu lalu terus melabukan punggung di pondok berdekatan tandas awam itu.

"Aku asyik menyalahkan Mar sejak dia bilang sama aku yang dia tak boleh menerima pinangan aku, hati dan perasaan aku. Aku menjerit dalam hati aku, yang dia ni jahat! Ya, jahat Mar merobek koyak hati aku setelah aku dengan tertib sopan memberitahu isi hati ini untuk memperisterikannya. Aku ingat selama kami berkawan, mungkin dia senang dengan aku. Tapi dia jahat, menolak pinanganku, atas alasan peribadi, mahu mengejar cita-citanya. Aku kasi tau, aku boleh sokong cita-citanya itu. Tapi tetap ditolaknya. Kalau dia Mar menghambur kata makian kepada aku, lagi boleh aku terima daripada senyuman tawarnya, seolah-olah dia yang kesakitan."

Wang dan Lukman bergambar di Zoo Melbourne.(bukan Wang dan Luman ROFLMAO)


Lukman berhenti seketika, mengambil nafas, dan meneruskan,

"Tapi, bukankah dia harus menjadi 'jahat' untuk dia bahagia, pada saat aku mengajaknya menjadi tunangan aku? Takkan Mar harus menerima hatiku, sedangkan dia tahu, dia takkan rasa bahagia, seronok.
Juga, kalau difikirkan, akulah jahat yang paling jahat, antara aku dan Mar. Aku juga jahat, mahu bahagia aku, sebab itu aku memutuskan untuk meminang Mar. Aku kira, kalau Mar dapat aku peristerikan, bahagialah hidupku. Ya, akulah yang jahat itu. Jahat paling besar. Kerana hanya dengan menjadi jahat, baru kita semua dapat bahagia yang dicari. Atau sekurang-kurangnya, makna hidup itu."

Wang tergamam sebentar, langsung tidak menduga semua ini daripada Lukman. Lukman yang sudah berapa lama tidak berucap panjang begini.

"Aku juga jahat, kerana langsung tidak mengambil kira bersalahnya Mar saat dia terpaksa menjadi jahat. Aku yang jahat besar, sebab menjadikan Mar jahat. Wang, yang jahat itu bukannya apa yang Mar lakukan pada aku, juga bukan Mar sendiri. Yang jahat itu, aku."


Wang dan Lukman diam di situ, sebelum Lukman memecah hening janggal,

"Boleh tahan baik juga kan aku tukar sikit ayat dari Ada Apa Dengan Cinta 2 tu, kan, kan?"


Mereka berdua ketawa terbahak-bahak sebelum bingkas bangun, menyambung urusan di pasar tani. Mungkin, harus berlaku 'jahat' sekali dua sebelum selesai semuanya di situ.




Ulasan

plain83 berkata…
Ya, kita semua jahat. Evil is everywhere... meh.
Anyway, best ke tengok cerita 'Ada apa dengan cinta' tu? :3

Selamat hari raya ke-8 Danneh! XD
Hehehe, memang jahat pon.


AADC2 tu tak umphh sangat. Mungkin expectation tinggi? Satu lgi rasa macam nak promote indonesia tourism je 😝

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Koleksi Baju Raya =P

Few days ago, went to Kemaman to get new baju melayu for Hari Raya. hahaha..when it comes to this, I will just accept any baju as long as wearing it doesn't make me the centre of attention on that day. So, what do I have in my collection so far? =P Macam pengantin gitu. =P I don't remember this one. Hmmm My first Raya Aidilfitri away from home, 2007. In Melbourne with my friends from Melbourne Uni. How are you guys? Last year's culture night. Hehehehe. Ore to ore no imoto, Pam. But this purple baju melayu is not mine. My man Azman lent it to me. Thanks heaps man. =) But I guess I kinda like the pengantin one, though it did make me a bit 'famous' due to its glittering when exposed to light. I guess, I was once an Edward Cullen wahahahah! Ok, that's not funny. My bad. *ehem* ehem* The only complete family picture. With my Silat Cekak Hanafi gang at the end of 2006. What's up guys? =) So, this time around went to Kemaman, to this one shop at the basement level ...

Want Some Hotdog?

WAHAHAHA!! I laughed when I first see this picture! I don't know whether to laugh at the spelling, or the prices set at that stall. Well, that's pretty mean of me. But it is a good laugh alright. The girlfriend sent me this picture. Before that she asked me, what's the spelling of hotdog in Malay. I said, not that I know of, just write 'hotdog'. Then she sent me the picture. The caption for this picture : "Don't know whose fault, the Malay teacher or the Math teacher?" Maybe it's just another marketing strategy. You know, when people ask, where did you get this? From hokdok stall over there. Brilliant plan on promoting it but fail miserably with the price. How to get profit like this LOL From the way it has been converted to Malay, I reckon the picture at the top was taken in Terengganu. You see, hot=hok. In Terengganu words that end with 't' always sound like 'k'. Example, sesat (lost) = sesak, pekat (thick) = pekak. But pekak (dea...