Pages

Monday, November 16, 2015

What Comes Free Not Really Valuable?

"Kucing tu tak makan makanan kucing jenama Furskist itu. Langsung tak diusik. Pening aku. Beli mahal-mahal."

"Habis tu, apa si Labu tu makan? Gempal elok je. Bulu pon, fuhhh, gebu. Gerammm!"

"Kau nampak tu, dalam longkang? Anak ayam, anak burung, biawak kecik-kecik."

"Haaa??"

"Ye la. Benda percuma orang bagi, elok-elok, tak nak. Nak jugak masuk dalam hutan semak depan rumah ni, berkubang dengan babi hutan tu."

Labu (bukan gambar sebenar) sedang berehat.


"Kah kah kah kah!!"

"Gelak pulak kau."

"Hahaha, broo! Ada makhluk, benda yang bergolek datang percuma, elok mahal molek macam mana sekalipun, tak dipandang langsung. Nak juga berpeluh susah payah."

"Baru puas hidup kalau ada cabaran...mungkin? Daripada disuap begitu hari-hari. Macam bagi kerbau gemuk sebelum kau sembelih."

"Kerbau?"

"Peribahasa Korea tak salah aku....
Tengok Running Man."

"Oh...."


...yep...

4 comments:

cEro said...

Betul bro.
Walaupun tak semua, tapi ada perkara yang kalau dapat free tak best, tapi kalau kena ada usaha tu yg buat ianya berlipat kali lagi bermakna tu...

Cinta contohnya.

hehehhe

Danial Jaafar said...

Kahkahkahkah! someone is in love ke apa ni? Wahahahahaha!!

plain83 said...

oh baru-baru ni kekucing aku tangkap dan makan burung merbuk... heh ;3

Danial Jaafar said...

okay la daripada makan anak ayam orang kampung..hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails