Langkau ke kandungan utama

Di Situ

Jadi, dia duduk di situ melihat dan memerhati sekelilingnya. Ada orang tua, muda, anak-anak dan ibubapa, pasangan muda.


Dia di situ untuk kerja, tapi kerjanya itu perlukan satu keberanian, keyakinan luar biasa, yang dihidupkan oleh sebab utama untuk dia menjadi luar biasa. Dan jujurnya, dia sudah lagi tidak memiliki sebab luar biasa itu. Jadi, dia hanya duduk di situ, di tangga itu memandang kosong.


Lama sudah dia diam di situ. Tapi apa yang dia rasa baru sahaja dia sampai dan duduk. Kiri, kanan, atas, bawah, 3 jam sudah berlalu. Dia mengeluh, apa lagi hasil aku hari ini? 3 bulan yang hampa. Mulutnya seperti disauh ke tanah, kepalanya seperti ada beban bertan. Seperti ada suatu kuasa yang membuat semua itu setiap kali dia melangkah keluar.


Harinya bermula baik dengan Fajar, semangat membara untuk memulakan sekali lagi hidupnya yang tiada perubahan, seperti air bertakung yang tidak digunakan. Cuma, setibanya dia ke kerja, begitu hairan sekali dia dengan perubahan rasa itu. Dan seperti selalu, dia akan diam di situ, melihat dan memerhati manusia di kelilingnya.


Jadi, Asar sudah masuk dan lagi 40 minit begitu matahari kan terbenam. Sudah lama dia di situ dan sudah tiba masa untuk dia pulang dengan tangan kosong, semangat dan hati yang dirodok. Terasa sempit dadanya memikirkan semua itu.



Tapi setiap malam sebelum lelap, tidak jemu dia meminta agar semangat dan hati itu pulih untuk esoknya. Biarpun dia tiada sebab luar biasa, sebab yang biasa pun sudah memadai bagi dia. Biarlah dia teruskan hidupnya yang masih muda ini dengan apa kudrat yang tersisa, dengan sedikit harapan berbaki.

"Tuhan itu ada saja rencananya" tuturnya setiap malam, memakukan pandangannya pada kipas siling di bilik sebelum dia lelap.


Ulasan

plain83 berkata…
Let us shout to ourselves "Ganbatte kudasai! Shikari shite yo jibun! Akirame nai de yo!", while we train our minds to think positively all the time, fencing our mindsets from all the negativity. Aih, tetiba otak aku mainkan lirik lagu linkin park (rapping part of Somewhere I belong) lepas aku type word negativity. Hahah dayyum...
Shikari shite jibun...macam familiar...apa eh maksud dia...hahaha! Plain Sensei, onegai shimasu! Explain to me! Hahahaha
plain83 berkata…
Maksudnya "Bertabahlah wahai diri sendiri!", or "Get a grip, self!"... hahah X3
Ahh sou desu ka

Honto ni arigatou, sensei!

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Koleksi Baju Raya =P

Few days ago, went to Kemaman to get new baju melayu for Hari Raya. hahaha..when it comes to this, I will just accept any baju as long as wearing it doesn't make me the centre of attention on that day. So, what do I have in my collection so far? =P Macam pengantin gitu. =P I don't remember this one. Hmmm My first Raya Aidilfitri away from home, 2007. In Melbourne with my friends from Melbourne Uni. How are you guys? Last year's culture night. Hehehehe. Ore to ore no imoto, Pam. But this purple baju melayu is not mine. My man Azman lent it to me. Thanks heaps man. =) But I guess I kinda like the pengantin one, though it did make me a bit 'famous' due to its glittering when exposed to light. I guess, I was once an Edward Cullen wahahahah! Ok, that's not funny. My bad. *ehem* ehem* The only complete family picture. With my Silat Cekak Hanafi gang at the end of 2006. What's up guys? =) So, this time around went to Kemaman, to this one shop at the basement level ...

Want Some Hotdog?

WAHAHAHA!! I laughed when I first see this picture! I don't know whether to laugh at the spelling, or the prices set at that stall. Well, that's pretty mean of me. But it is a good laugh alright. The girlfriend sent me this picture. Before that she asked me, what's the spelling of hotdog in Malay. I said, not that I know of, just write 'hotdog'. Then she sent me the picture. The caption for this picture : "Don't know whose fault, the Malay teacher or the Math teacher?" Maybe it's just another marketing strategy. You know, when people ask, where did you get this? From hokdok stall over there. Brilliant plan on promoting it but fail miserably with the price. How to get profit like this LOL From the way it has been converted to Malay, I reckon the picture at the top was taken in Terengganu. You see, hot=hok. In Terengganu words that end with 't' always sound like 'k'. Example, sesat (lost) = sesak, pekat (thick) = pekak. But pekak (dea...