Apa yang aku nak kongsikan mungkin pelik.
Sebab aku rasa macam tak ramai orang cuba bayangkan saat-saat akhir hidupnya. Apatah lagi saat-saat akhir hidup orang-orang yang tersayang, macam mak ayah, adik beradik, sahabat karib, isteri, anak-anak.
Aku tak tahu adakah ini salah satu symptoms orang yang punya suicidal thought, walaupun aku punya portfolio ada juga anti-depressant. Heh.
Dah lama aku tak fikirkan hal ni. Kali terakhir masa MH17. Bila aku dapat tahu ada budak antara yang dijumpai mati di Gunung Kinabalu, aku terus rasa sedih. Aku bayangkan (bukan empati macam Will Graham, ya) saat-saat akhir si mendiang.
Apa yang dia rasa? Sakit dihempap batu, jatuh dari tempat tinggi? Atau dia (bernasib baik?) tak rasa apa-apa sejurus badan hinggap di tanah? Rasa takut kerana dia tahu dia tak akan survive this? Rasa sedih teringatkan keluarga yang jauh? Sedih sebab mereka tak ada di sisinya pada saat-saat akhir? Cita-cita yang tak kesampaian? Atau dia pasrah kerana tahu tak ada apa-apa yang dia boleh buat?
Yang buat aku rasa sedih, ialah the fact tak ada orang di sampingnya pada saat-saat akhir hidup.
Rasa sedih aku dalam setiap imaginasi terlampau aku ialah sebab aku bayangkan pada saat-saat akhir mereka keseorangan. Aku tak tahu apa yang sedih dengan kematian yang tidak ditemani orang tersayang.
Atau pun, sebenarnya aku yang nak berada di samping mereka sampai ke akhirnya?

Will Graham terbaru. |

Ulasan