Kalau sudah tahu apa nak buat,
Terus saja kau melangkah,
Ke depan, belakang, kiri, kanan, sebelah,
Asalkan tahu apa yang dibutuh,
Buat apa lagi gaduh-gaduh,
Memikirkan malu bila jatuh,
Atau tersungkur duduk.
Terus sahaja engkau dengan niat itu,
Berlari, merangkak, mengengsot sekali pun,
Perlahan atau laju, asalkan gerak mu jitu,
Penuh dengan semangat menuju ke pintu,
Celaka atau bahagia siapa yang tahu,
Yang penting kau sedar mana dituju.
Laa...kenapa lagi kau di sini?
Puaka mana menambat kaki?
Atau santau angin mana meniup dingin,
Sehingga tak mampu menapak walau seinci?
Atau empuknya bantal, tilam dan kerusi,
Menggamit tak sudah ke alam mimpi.
Atau takut itu yang menghantui,
Sehingga karam semua impian di hati?
Jadi, aku mahu tanya sekali lagi.
Kamu benar-benar atau sekadar ucapan membasah gusi?
Menarik minat si dara sunti,
Yang sudah terpikat hati,
Mendengar semua cerita angan impian besar.
Jika benar kamu benar,
Izinkan aku berundur memberi ruang,
Agar kamu sedar sedia untuk membuat aturan,
Jadi,
Terus sahaja kamu.
Terus saja kau melangkah,
Ke depan, belakang, kiri, kanan, sebelah,
Asalkan tahu apa yang dibutuh,
Buat apa lagi gaduh-gaduh,
Memikirkan malu bila jatuh,
Atau tersungkur duduk.
Terus sahaja engkau dengan niat itu,
Berlari, merangkak, mengengsot sekali pun,
Perlahan atau laju, asalkan gerak mu jitu,
Penuh dengan semangat menuju ke pintu,
Celaka atau bahagia siapa yang tahu,
Yang penting kau sedar mana dituju.
Laa...kenapa lagi kau di sini?
Puaka mana menambat kaki?
Atau santau angin mana meniup dingin,
Sehingga tak mampu menapak walau seinci?
Atau empuknya bantal, tilam dan kerusi,
Menggamit tak sudah ke alam mimpi.
Atau takut itu yang menghantui,
Sehingga karam semua impian di hati?
Jadi, aku mahu tanya sekali lagi.
Kamu benar-benar atau sekadar ucapan membasah gusi?
Menarik minat si dara sunti,
Yang sudah terpikat hati,
Mendengar semua cerita angan impian besar.
Jika benar kamu benar,
Izinkan aku berundur memberi ruang,
Agar kamu sedar sedia untuk membuat aturan,
Jadi,
Terus sahaja kamu.
"high like a flying kite"
Ulasan
=)