Espinoza,
Epiphany!
Pada waktu malam dibuai bayu,
Sepatutnya aku dah terlentok layu,
Tapi masih segar bugar,
Buku dan di internet kubaca,
Rupa-rupanya semua yang ku dengar,
Tak benar
Tidak pula menipu,
Kata mat salleh,
Take with a pinch of salt,
Itu tekad ku
Selepas malam fenomena baru,
Untuk tidak menjadi seperti lembu,
Hidungnya dicucuk,
Ke kiri ke kanan diturut,
Aku punya akal yang bisa menuntut,
Bermacam ilmu di serata pelusuk.
Jadi maaf jika kamu tersinggung,
Dengan ketidaksetujuan aku,
Biarlah kita bersetuju untuk tidak bersekutu.
Jangan salah faham,
Bukan niat untuk menunjuk besar
Cuma mahu sebarkan kesedaran
Kita punya akal dikurniakan yang Satu,
Kenapa akal tidak sepantas mulut,
Maaf, sekarang tangan,
Yang menaip komen, status dan tuwit.
Baca dua kali mungkin baru Nampak
Diri kita kelakar
Dan senang ditertawakan.
Ulasan