Aku ada terbaca, rindu itu ibarat sebuah gambar, atau selonggok gambar berkaitan antara satu dengan yang lain, yang kemudiannya larut, cair, dan meresap ke dalam pembuluh darah kamu. Memberi satu rasa sayu, gembira, dan juga keliru.
Ni dari buku Dubook ke Terfaktab ni? |
Ni gambar aku rembat dari twitter. Maaf kepada tuan asal, aku lupa nak bookmark twitter kau. Siapa-siapa tahu, tolong bagitahu. Aku kena bagi credit where it's due.
Aku dah lama tak rasa rindu yang macam ni. Rindu kepada ahli keluarga ada sentiasa cuma lain sifatnya. Sebab dengan keluarga kau tahu, at the end of the day, mereka ada menanti, menunggu. Jadi, janganlah kau nak keruhkan suasana di kampung halaman hanya kerana benda kecil. Besar pada kau sebab kau tengah naik minyak, mana nak fikir rasional!
Berbalik kepada rindu. ya, rindu.
Aku kalau boleh tak mahu rasa rindu yang jenis macam ni. Rindu jenis ni, untuk orang macam aku, yang semulajadinya clingy, needy, bisa membinasakan. Boleh jadi bangkai bernyawa. Hidup tapi tak berfungsi dan berjasa pada semua macam pensel 2B. Bukan salah sesiapa, tetapi salah sendiri yang tak reti nak deal with emotions. Kiranya, kau boleh cakap EQ aku tak impressive.
Ya, aku nampak okay, sebab aku pandai berlakon. =P
Ulasan