Aku terbaca satu artikel online petang tadi.
Why Being 28 is The Most Difficult Year?
Pada aku, angka 28 itu sangat spesifik gitu. Lain orang lain figurenya. Tapi points dalam artikel itu spot on lah.
Yang mana ia membuatkan aku menyoal kembali semua keputusan yang boleh dikategorikan sebagai "Major Turning Points in Life" aku. Ada orang cakap kalau kau betul-betul menerima apa yang terjadi sebagai takdir Tuhan atas kepercayaan dan keimanan kau kepadaNya, kau takkan menyesal dan takkan mahu mengubah sejarah andai kau diberi peluang sekalipun.
Mungkin, tapi kau tetap akan ada rasa nak tahu, "what if". Macam, had I done this, would I be somewhere else, happier? Or more miserable? Semestinya setiap perbuatan akan ada akibat dan hasil yang berlainan. Robert Frost dalam The Road Not Taken seperti tidaklah menyesal mengambil jalan yang kurang popular, the less traveled one. Pada aku, kau mesti akan ada saat dan ketika yang membuatkan kau terfikir balik akan Major Turning Points in Life dan akan terkeluarlah perkataan ini - what if.
Bukan tanda kau menyesal. Kau cuma nak tahu, ke mana jalan satu lagi akan bawa kau. Akhirannya, kau tahu yang semuanya dari yang satu, ke mana kau pergi.
Jadi, aku juga menerima seadanya. Andai diberi peluang, aku cuma mahu melihat bagaimana kesudahan yang lain itu. Sudah cukup aku merasakannya dalam hayat yang satu ini. Tak perlu dua hanya kerana mahu tahu. Semuanya baik belaka.
Aku terima seadanya.

Ulasan
Mmg nak sangat tahu apa jadi kalau aku amik keputusan yg lain dr yg aku ambik.
But itulah rahsia masa.
Terus ke depan dan takkan berundur...
28... been there, not very pleasant but still bearable... hahhah, biasalah... tujuan hidup di dunia ni untuk menempuh ujian jer, bukan untuk berseronok pun, biasalah...
plain83! hisashiburi! lama tak cakap jepang. terima kasih singgah.hehehe