Kawan serumah masa aku di Monash dulu tahu, aku jenis hantu repeat lagu. Kalau aku first time dengar lagu tu dan aku rasa jatuh cinta samanya, aku akan repeat lagu tu, berhari-hari. Kalau tak silap, paling lama seminggu. Masa tu aku masuk 2nd year, housemates aku Dicky, Jackie, Varun. Menyesal Dicky introkan aku sama Nidji. Duk ulang lagu "Engkau" sampai seminggu. Jackie hantuk kepala kat dinding setiap kali lepas bangun pagi.
Lagu terbaru yang aku mainkan berulang-ulang kali ni, ialah lagu "Angin Kencang" nyanyian Noh Salleh. Aku memang ketinggalan zaman sejak kebelakangan ni. Aku dapat tahu pasal lagu ni pun sebab aku tengok member aku post kat FB untuk kawan-kawan Jepun dia. Aku tengok macam MV "Angin Kencang" ni dibikin kat Jepun. Terus aku klik.
Dan terus juga Danny Boy sangkut.
Angin punya kencang aku sampai post kat facebook. Kalau kau post bait perkataan yang lain macam sikit bunyinya (pembayang: tidur malamku mimpi indah ingat kamu) terus member-member yang dah berkahwin akan menyelit membuat spekulasi. Hahahaha. Sebab tu aku sayang dan rindu kawan-kawan lama aku ni.
Noh Salleh -Angin Kencang
Tapi, aku punya angin kencang lain sikit.
Angin kencang membawa ku
Jauh dari mu yang hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku tak indah kerana kamu
Ulasan
nak pi kyoto dah beli tiket?nak ikot buleh? hahaah
kekekekee