Pages

Wednesday, January 7, 2015

Kalau Dah Benci, Tak Suka...Depan Mata Pun Kau Tak Nampak

Sedang aku melewati muatan berita di Facebook lol, ternampak aku satu post dari seorang member masa belajar kat Shah Alam dahulu kala. Untuk pengetahuan, member aku ini ahli ISMA dan baru-baru ni aktif dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir.

Adanya satu artikel di The Malaysia Insider yang bagi aku menunjukkan penulis seorang yang pemalas, ataupun memang komited untuk tidak suka ISMA lantas menutup mata melihat kebajikan yang dilakukan ISMA.

Walaupun aku paham penulis tu punya sebab untuk menaikkan hal ini, tak bolehkah dia buat research dahulu? Google tengok, ada tak ISMA buat aktiviti membantu mangsa banjir? Yang aku tahu, dari facebook member aku ni, diorang punya pusat pungutan bantuan tu di Giant, Kedah la kot. Tak pun Perak. Aku tak pasti. Nanti aku tengok facebook dia. Apa-apa pun, ramai orang yang singgah bagi barang.


Manusia yang banyak masa macam aku. Link

Aku bukanlah seorang ahli ISMA, mahupun penyokong tegar mereka. Aku cuma berbulu melihat ketidakadilan macam ni. Kau awal-awal dulu cakap media arus perdana tak adil, jadi kau gunakan internet. 2x5 jugak aku tengok ha. Ok, mungkin tak sama persamaan aku bagi. Cuma aku rasa agak penat melihat double standard, ketidakadilan, suara-suara yang hanya tahu cari salah, ada unsur-unsur yang tak mententeramkan jiwa dan raga aku. Yang aku kesalkan, ialah sikap kita yang suka menjatuhkan hukuman dengan begitu cepat terhadap seseorang/pihak yang kita tak suka, tak sebulu.


Macam yang aku duk tengah buat sekarang ni. hihihihi

K, buhbye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails