Pages

Saturday, September 6, 2014

Complement

Ye, saudara-saudara, saudari-saudari sekalian. Ada pun "complement" ini tiada menyerupai "compliment", walau bunyi sama.

"Sounds like me but it's not me," kata si Complement.
"Well, sure sounds like me but maybe it is also not me," balasnya Compliment.

*Garu kepala*

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bangun Subuh. Baca buku, online news, artikel, Quran, kadang-kadang. Lepas tu, ke dapur, masak breakfast. Breakfastnya bukan tipikal masyarakat Malaysia yang dah mendapat kedudukan no.1 dalam Asia Tenggara....sebagai negara paling obes, hehehe. Cereal + Low fat milk + Pisang atau Telur 2 biji, roti whole wheat. Yeahh, gaya hidup ideal.

Lepas makan, rehat-rehat tengok TV. Basuh pinggan mangkuk kuali sudu sudip. Bersihkan dapur. Sampah penuh? Tak, ok let it be. Ya, pergi buang. Sapu-sapu sikit. Hmm ok aa. Buka freezer, tengok stok. Ok, tak perlu dah nak keluar untuk grocery shopping. Rasa-rasa tak ke, rasa tamak ke, jom keluar pergi AEON Big Tun Hussein Onn.

Dalam jam 11, 12, mandi. Rehat-rehat. Masak lunch. Grilled chicken with sliced tomatoes, mushrooms and greens, eaten with lebanese bread. Dapur tu tempat utama dia. Katanya masa belajar dulu, "Kitchen is my safe haven."

Melayari internet; facebook, twitter dan blog. Tengok (read: stalking) perkembangan hidup kawan-kawan. Ada yang rapat, ada yang biasa-biasa, ada yang lama, ada yang baru. Hmmm...

Dah solat apa semua, pukul 4 lebih dah. Siap-siap aa pula, nak ke gym. Dulu ada member baik sekali, siap tolong ajar bagai. Sekarang, member dah balik kampung, for good. "Takpe lah. Ade la sebabnya tu" setiap kali, memujuk hati.

Sebelum balik rumah, timbang berat. Ohsem!! jerit dalam hati. Jerit kuat-kuat, nanti kena label gila.

Balik, oh dah ada orang kat rumah. Okay la. Borak-borak. Malu pun ada. Heh. Lepas tu, mandi, bersihkan diri. Lepas Isyak, dan layan TV sekejap, masuk bilik. Tengok-tengok sekeliling. "Ada jin ke hantu, takdelah mundane sangat..." perangai gila dia naik balik. Baring atas katil, terkebil-kebil tengok lampu.

Lelap.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kau takkan tahu rasa sedap kalau takde makanan yang hideous rasanya.
Kau takkan tahu terang kalau tak pernah bergelap.
Kau takkan tahu penat kalau kau tak pernah berehat.
Kau takkan tahu kejayaan, kalau kau tak pernah jumpa kegagalan.
Kau takkan tahu rasa senang, kalau tak pernah rasa susah.
Kau takkan  tahu rasa hidup, kalau kau tak pernah mati, walau sekali pun dalam hidup.

Macam mana nak mati?

Yang itu, aku tak boleh nak cakap.

Setiap satu rasa melengkapkan satu sama lain.

Itu, dalam bahasa Inggeris, complement.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails