Aku dah lama tak membaca. Jadi aku ada rasa karat dekat kepala otak aku ni dan ye aku faham yang otak aku bukanlah sebuah mesin yang dibuat daripada logam-logam nadir dan wayar berselirat jadi mana mungkin ia berkarat. Adapun karatnya otak aku itu terletak bukanlah pada zahirnya otak itu tetapi lebih kepada keupayaan otak aku itu.
Aku dah lama tak bersenam. Jadi aku rasa cepat penat, tak bertenaga, lembik sebab penuh dengan lemak. Aku pun tak tahu adakah sudah banyak otot aku yang kembali mengecil dan tempatnya itu diambil oleh lemak yang datang daripada lebihan gula yang tidak digunakan oleh badan aku, yang asalnya dari nasi-nasi yang terpaksa aku makan (alasan sahaja, walhal aku mampu berkata "Alhamdulillah, cukup dah tu" kepada tuan rumah).
Aku dah lama tak bercakap. Jadi aku rasa sedikit teruja bila terjumpa orang yang punya "common ground" yang sama. Tapi masakan boleh engkau luahkan segala terbuku pabila berjumpa dengan orang baru. Berilah ia masa agar minat itu sama dipupuk.

Ulasan
disclaimer
saya bukan orang johor. saya orang...Malaysia la senang.