Langkau ke kandungan utama

Surat Terbuka

Ke hadapan kamu yang dikenang,

Apa khabar kamu sekarang? Sudah lama tidak ku dengar khabar dari mu. Apa, mungkin sudah hampir 5 tahun?

Bukan apa, kamu perlahan-lahan menghilangkan diri pada tahun itu. Aku fikir mungkin kamu sibuk. Ya, aku mampu memujuk diriku dengan mengatakan kamu sibuk barangkali. Dengarnya, pada ketika itu kamu punya teman. Walaupun begitu, kamu masih cuba meluangkan masa bersama aku dan sahabat-sahabat yang lain. Cuma kesempatan kamu terbatas. Pilihan kamu juga tidak banyak. Jadi aku faham sekiranya pada ketika itu kamu mungkin memilih teman kamu daripada kami.

Aku tiba-tiba teringatkan kamu. Ini kelakar, bagaimana aku teringatkan kamu secara tiba-tiba. Aku sedang cuba menonton rancangan permainan tv realiti Korea yang menjadi kegilaan ramai "Running Man". Terus aku teringatkan kamu. Mungkin kerana kamu dahulu seorang peminat tegar drama korea. Hasil "hasutan" Semun, (kalau kamu masih ingat sama dia) Aku tertanya, apakah kamu masih menonton drama-drama korea, atau mungkin Running Man juga? Hahaha lucu sekali, kerana secara tiba-tiba semua barang yang lalu kembali menitip di minda ini.

Aku rasa kali terakhir bertemu kamu ialah pada malam di bulan Jun itu. Kamu baru pulang dari Melbourne. Dicky bilang kamu menghantar teman kamu pulang ke kampung. Seperti biasa, kamu murah dengan senyuman kamu itu. Tapi ada sedikit kelainan dari senyumanmu itu.

Dan malam itu, kali terakhir aku melihat kamu. Kerana aku lenyap dari ruang hidupmu yang tiada lagi ruang untuk yang lain.

Aku cuma bisa mendoakan agar kamu sihat-sihat, bahagia, dan ceria selalu. Seperti nama gelaran "Mr.Nice Guy" yang ramai berikan kepada kamu kerana keceriaan, optimis dan positifnya kamu. Aku pasti, suatu hari nanti kita pasti ketemu lagi.

Bersama dengan sahabat-sahabat yang lain.

Salam,

Danial Jaafar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Hang Tuah The Animation?

Woah, woah! Read this at beautifulnara about a three way agreements signed by Japanese anime studio Gonzo (Blood: The Last Vampire), Malaysian animation studio Funcel and Malaysia's National Film Development Corporation to produce Hang Tuah the animation! The protagonists....maybe? The antagonists...look so.. It sounds cool to me at first but I am being a bit skeptic about having non Malaysians to make an anime out of this legendary warriors, Hang Tuah and his friends. What more, I wonder are the voice actors gonna be Japanese too? I remember watching Silat Lagenda. That was awesome for our technology that time. But I think I shouldn't be all negative about Gonzo studio animating Hang Tuah because it's a collaboration....I think? Well, you guys can read more here and here . hehehehe

Reconnect: My Journey Back to Blogging

 Hello, fellow travel enthusiasts and friends of Malaysian adventures! It's been an incredible journey, one that saw me take an unexpected hiatus from blogging for more than three years. Life happened (more like COVID happened) —responsibilities, changes, and personal growth—but one thing remained constant: my love for exploring the beauty and diversity of Malaysia. With power to put Dillan on my back, comes great responsibility! Today, I'm excited to announce my return to the world of  blogging. It's a bit like revisiting an old friend and reminiscing about unforgettable experiences. As I dust off my keyboard and sift through the memories of past travels, I can't wait to reconnect with all of you and share new adventures. Reflecting on the Past During my hiatus, I took the time to recharge, reflect, and embark on new journeys, both physically and emotionally. I've explored different aspects of life, including my passion for raising awareness about autism, delved de...