Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Surat Terbuka

Ke hadapan kamu yang dikenang, Apa khabar kamu sekarang? Sudah lama tidak ku dengar khabar dari mu. Apa, mungkin sudah hampir 5 tahun? Bukan apa, kamu perlahan-lahan menghilangkan diri pada tahun itu. Aku fikir mungkin kamu sibuk. Ya, aku mampu memujuk diriku dengan mengatakan kamu sibuk barangkali. Dengarnya, pada ketika itu kamu punya teman. Walaupun begitu, kamu masih cuba meluangkan masa bersama aku dan sahabat-sahabat yang lain. Cuma kesempatan kamu terbatas. Pilihan kamu juga tidak banyak. Jadi aku faham sekiranya pada ketika itu kamu mungkin memilih teman kamu daripada kami. Aku tiba-tiba teringatkan kamu. Ini kelakar, bagaimana aku teringatkan kamu secara tiba-tiba. Aku sedang cuba menonton rancangan permainan tv realiti Korea yang menjadi kegilaan ramai "Running Man". Terus aku teringatkan kamu. Mungkin kerana kamu dahulu seorang peminat tegar drama korea. Hasil "hasutan" Semun, (kalau kamu masih ingat sama dia) Aku tertanya, apakah kamu masih menonto...

Encik Menunjuk. Sir Boast-A-Lot

It's been a while. hehehehe. Bukannya tak nak update blog tapi lebih kepada kesempatan yang tiada. Macam sibuklah sangat. Adapun hari-hari aku punya otak ligat memikir,menghadam, memproses dan akhir sekali, memeram hasil pemikiran tu. Tapi fikir tanpa ada hasil tindakan tu sesungguhnya merugikan diri. Ni auto-post ni. Ketika aku tengah menaip kata-kata yang ditaip ini, aku terfikir kenapa seseorang yang dianggap normal luarannya, dianggap normal dalamannya? Sorry, I think I should rephrase that. Seseorang yang luarannya nampak sama dengan kebanyakan orang, dianggap dalamnya pun sama. Hatinya sama, perasaannya sama, fikirannya pun sama. Sebab, bila ada orang yang luarannya sama dengan kita (by sama I mean to say pakai baju elok-elok lengkap takde cacat cela, mungkin tak selawa atau sehuduh kita) menghasilkan perbuatan yang tidak sama seperti kita dan jangkaan kita, kita mudah cepat untuk bertindakbalas seperti daun semalu yang terus menguncup pabila disentuh, atau mungkin sepert...

Salah

Gaya penulisan biasa-biasa je. Mungkin, kurang daripada biasa. Cuma bila menulis rasa syok sendiri. Hahahaha. Stail aku blogging sekarang ni macam awal-awal bulan je. Sebenarnya, banyak idea, ilham dan perkongsian cerita, bahan menerjah ruang otak aku. Cuma aku tak tahu patutkah aku lepaskan segalanya dalam alam maya ini atau menapis. Pada masa tu, aku pilih tapis. Hasilnya, takde post sampai ke la (loghat utagha in case kalian tak tahu) Bila difikirkan balik, ada baiknya aku tapis bahan-bahan dalam kepala aku ni. Setidaknya aku takkan menyesal bila tersalah. Tapi aku fikirkan, kalau tak buat salah, sampai bila aku tak belajar. Dari kesalahan kita belajar. Cuma, seperti pesan Dr.Tan bekas majikan dulu, "Don't make the same mistake twice." Bunyi simple. Ringkas. Pandang enteng barangkali. Tapi hat tu lah yang selalu orang lupa. Anyway, anyway. Berbalik cerita asal. Ye, tapis untuk tidak melakukan kesalahan. Aku rasa menyesal tak buat sesuatu adalah lebih celaka...