Pages

Tuesday, January 7, 2014

Cuba Lagi

Adapun bukanlah aku malas dah nak blogging. Idea, inspirasi, ayat mencurah-curah der! Tuhan nak bagi, Dia bagi je. Haa, cuma kelemahan aku menterjemahkan semua di kepala kepada tulisan tu. Aku terlalu berhati-hati dalam nak menyampaikan. Sebab, aku ni jenis yang suka "assume" a.k.a dalam bahasa Melayunya, suka buat tanggapanlah, tanpa sebab musabab yang munasabah, jadi aku assume kebanyakan orang normal sama macam aku. Kalau salah aku punya tanggapan ni, bererti aku tak tergolong dalam kumpulan normal.
Tiba-tiba letak gambar Queen.

Contoh situasi "assume".

1.Bercakap dengan marka dalam telefon. 

"Hai, awak. Buat apa hari ni?"
"Takde apa-apa pun. Lunch makan dekat foodcourt."
"Ooo, mesti makan claypot ngan black pepper lamb chop kan?"
"Ishh, taklah. Awak suka sangat assume saya makan tu. Memanglah tu makanan kegemaran saya tapi takdelah hari-hari saya nak makan tu kan..."
"Oooo...okay."

2. Tak datang kerja

"Mamat mana?"
"Dia tak sampai lagi, Miss. Saya rasa dia MC sebab semalam pun dia ada cakap macam nak demam."


Adapun kadang-kadang, the line between assume and judging ni bagi aku macam kabur, samar-samar. Macam line parking kat rumah aku. Tak pernah yakin aku letak kereta betul-betul lurus dalam petak. Yelah, sebagai jiran yang bertimbang rasa, takkan aku nak makan ruang letak kereta diorang pulak, kan. Itu tak adil namanya.

Berbalik kepada judge. Adapun masa kecil-kecil dahulu kala, aku assume tugas menghakimi seseorang itu terletak khusus dalam tangan hakim, aka dalam bahasa Inggerisnya judge. Ternyata assumption aka tanggapan aku itu salah sebab aku lihat ramai gila orang, termasuklah aku yang bisa menghakimi semua makhluk, manusia, perbuatan makhluk-makhluk dan sebarang kejadian samada buruk, kejadian bencana alam, kejadian yang gembira.

"Rupa-rupanya seronok jugak kerja hakim ni. Tak payah aku nak belajar law bagai ambik bar exam semua tu. Bukak youtube tengok video takpun tak payah tengok video, aku baca tajuk video youtube tu,
TOK! TOK! TOK! (in case korang tak dapat nak assume ni bunyi hakim jatuhkan hukuman)
Terus jatuhkan hukuman.

"Haaa, dia ni bodoh. Dasar tak belajar agama sebab tu mencapub kat sini!"
"Kesian,mesti ahli keluarga dia tak sayang sama dia kan?"
"Woi b!@#$%$$%$, ko nak mati!?"
"Ingat lah sikit wei, rumah kata pergi, kubur kata mari. Bawak-bawak la bertaubat!"
"Ni la umat akhir zaman/orang Melayu zaman sekarang/orang Islam di Malaysia yang hanya Islam pada IC/ dll,.................."
"Ni mesti bawak kereta laju ni. Tulah jenis ban@#RGSDS tak pikir orang lain. Memang patut mati pun"

dan berbagai-bagai lagi bentuk hukuman yang lain.

Cuma tak best kerja ni, tak dibayar gaji aa kan. Tapi seronok. Seronok sangat. Sebab nak jatuhkan hukuman tak payah berdepan dengan pesalah-pesalah macam hakim mahkamah. Gila kau, hakim mahkamah tu silap-silap kena target dengan penjenayah-penjenayah. Yang ni biasanya pesalah takde masa nak target kau sebab ada banyak lagi hakim lain yang turut sama menjatuhkan hukuman. Jadinya pesalah-pesalah tak layan pun. Biasanya la kan.

Wallahua'lam.

3 comments:

plain83 said...

yes, hakim, hakim everywhere... ;p

well, i think it's a part of humanity itself, judging, assuming, and jumping to conclusions... you can try to avoid it, but without realizing it one tends to judge when it comes to certain specific things that bug the person, or when the person is asked for his/her opinion on some issues... not everyone can agree to disagree, court dismissed. lol XD

Danial Jaafar said...

no man is perfect. everybody judges, just a matter of keeping it to yourself or let the whole world know and in the process degrading yourself with derogatory remarks.

=)

plain83 said...

exactly ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails