Pages

Wednesday, December 18, 2013

Kegunaan Internet Selain Daripada Streaming Tonton

Ye, kawan-kawan. Hamba tengah sakit gering demam belum kebah. Kurang air mungkin asbabnya. Kepala berdenyut-denyut dikahwinkan dengan tekak kering dan kesat. Yaaa~

Jadinya, topik kita pada hari ini ialah faedah-faedah internet yang kini penggunaannya makin meluas! Meluas seperti meluasnya empayar Genghis Khan walaupun luasnya penggunaan internet pada masa kini memang lagi luas daripada empayar Genghis Khan sebenarnya.

Straight to the point.

Menjimatkan Masa
Sekarang ni, everyone can fly. Dah nama everyone can fly, maka berbondonglah manusia merancang percutian dengan menggunakan kapal terbang. Dengan promosi yang berbagai-bagai dari AirAsia, Malindo Air, KLM dan banyak lagi, maka sudah pasti ramai yang berminat. Bila minat, adalah permintaan aka demand. So, when demand tinggi, supply kena tinggi. Bila supply nak kena tinggi, makanya banyaklah penerbangan yang dilakukan saban hari. Adanya internet korang tak payah dah nak ke kaunter tiket kat airport, pergi jumpa travel agent. Ko beli sendiri online. Hah, nah dapat dah. Mak Jemah kat kampung pon boleh buat nak ikut rombongan Cik Kiah gi Beijing.

Dah tu, bila dah ramai orang beli tiket, tak ke huru-hara kaunter-kaunter Check In kat airport? Lepas tu dah ada self-check in counter bagai. Sekarang yang latest, web check in. (Ini web bukanlah sarang labah-labah ye) Lagi senang. Cuma kena tengok lah, bila boleh buat web check in ni. Apa syarat-syarat kena ikut.
AirAsia web check in. Source

Memang senang sangat. Tapi pabila kemudahan internet yang ada digunakan untuk menonton drama-drama tangkap leleh yang tak memberi sebarang inspirasi mahupun motivasi untuk menambah baik hidup,ataupun untuk kemudahan self-pleasure semata-mata, ataupun untuk berjiwang, mengorat awekszz facebook, twitter, instagram untuk "relay" (how on God's earth they came up with relay for relationship????), maka jadilah kesusahan-kesusahan, masalah-masalah yang pada logik akal yang berfungsi dan berfikiran jauh, takkan terjadi Insya Allah.


Tapi itulah, kita merancang, Tuhan sebaik-baik perancang. Kerdilnya kita...

2 comments:

plain83 said...

oh... aku pun tengah batuk2 nih, tak pasal2, huhuu... maka seeloknya cari limau nipis dan madu asli ("-___-)..

malindo air? aku blom penah try lg, nnt boleh la try hoho...

Danial Jaafar said...

tak pernah try gak. dah 3 tahun dah tak naik kapal terbang. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails