Langkau ke kandungan utama

Mula Dengan Pengakhiran Di Minda

Kalau difikirkan semula, semua perkara, pekerjaan yang kita nak buat mesti ada tujuan dan matlamat. Hatta yang kita benci sekalipun pasti ada sebab yang membuatkan kita buat juga walau hati terseksa (ewaaahh..terseksa sangaatt) Percaya tak kalau aku cakap semua ni di minda sahaja. "Pale mu je ni!" kata orang Terengganu.

Aku banyak bermain, memanipulasi perbuatan aku untuk tengok kesannya pada perasaan aku dan seterusnya kualiti kerja aku. 

Aku perasan, kalau aku tidur balik lepas Subuh biasanya memang aku jadi malas hari tu.

Aku perasan, kalau aku tak tidur lepas Subuh dan kemas katil (atau toto LOL), bilik, buat sikit kerja rumah, aku jadi rajin sikit.

Tambah lagi dengan makan breakfast, memang rasa I CAN TAKE THE WHOLE WORLD (Insya Allah) punya feeling. 

Aku rasa aku nak kongsi perasaan aku pada pagi ni. Mana tahu, ada orang akan rasa BEST juga kan. =)
Juga aku nak kongsi tabiat-tabiat orang yang selalu gembira dan ceria. Ini sebenarnya inspirasi dari post kat Huffingtonpost hehehee.

Antara tabiat-tabiat mereka yang HAPPY GO LUCKY ni

1) Selalu berdamping dan memastikan hanya orang-orang GUMBIRA dan POSITIF je dekat dengan mereka 
Ada pernah tengok satu kumpulan yang sangat meriah dan ceria, tiba-tiba terselitlah seorang dua yang masam, diam dan tak partisipasi langsung? Ada je, tapi tak banyak, dan biasanya ni kes kena paksa join hahaha. Tunggu, keyword di sini, kena paksa join. Nampak sangat dipaksa sebab kawan-kawan/kawan nak tengok orang-orang yang disukapaksa join ni gembira dan ceria. 
Biasanya kalau ada seorang yang tak nak terlibat sama dalam kumpulan yang ceria ni, semua orang tiba-tiba macam dah tak seronok dah. Kiranya, (-) menang sama (+)...kot?

Yeay! Kami seronok dan ceria!

2) Selalu senyum dan paksa senyum dengan ikhlas sampai akhirnya memang jadi SENYUMAN MENAWAN!
Ni, memang selalu aku buat. Tapi alih-alih aku tergelak sebab aku rasa kelakar. One way or another, aku berjaya menaikkan mood aku untuk jadi gembira dan seronok untuk hari tersebut. XD



3) KETAHANAN MENTAL yang tinggi bangettt
Orang yang kanak-kanak riang ribena ni biasanya positif, dan bila dah jadi positif optimis melampau ni, tak reti nak mengaku kalah. Diibaratkan mereka ni sesuai berlakon dalam cerita Rocky Balboa ataupun francais filem Rocky Balboa ni mungkin dapat inspirasi sebab mereka ni. 

You think living the life you want is gonna be easy? Oh honey.. 

Bab ni mungkin aku masih lagi belajar sebab semenjak menjadi dewasa ni aku cepat juga rasa nak berputus asa tapi syukur Allah telah mengurniakan aku seorang mak yang tak boleh terima half ass attitude. Dan juga bos-bos yang suka diao tapi dalam masa yang sama memotivasikan aku juga. hehehehe


4) Selalu Menghargai
Menghargai orang sekeliling, menghargai makhluk-makhluk lain, pencapaian hatta pencapaian yang takdelah penting sangat dan setiap saat yang berlalu. Nak ceritalah, kebanyakan orang kalau pergi ke tempat makan (restoran yang mahal atau biasa-biasa, foodcourts) berapa kerat antara kita yang akan cakap terima kasih kepada pekerja atau waiter yang melayan kita bila dah dapat makanan? Kebanyakan yang aku perhati hanya akan ambik tahu pasal orang yang melayan hanya apabila

a)- Lambat
b)- Salah pesanan
c)- Semua di atas
d)- saya cakap terima kasih =P

Jadi, kita semua (termasuklah patik) kena mula untuk menghargai mereka yang melayan kita di tempat makan. Dia bagi kita pesanan yang betul, yang memang kita nak makan, tunjukkan penghargaan kita dengan senyuman, dan ucapan terima kasih. Lantaklah muka dia masam dan lebih arrogant dari Mr.Arrogant tu.

Tak dinafikan memang ada juga situasi kita pergi tempat makanan tu dan layanannya bukan sekadar lambat dan salah pesanan, pekerja dia pun langsung takde menunjukkan rasa kesal. Yang tu, jangan layan. Cakap dengan tegas pasal bad service dan tak perlu nak maki-maki. Tak perlu nak bertukar menjadi energy sucker.

Ye, hargailah semua di sekeliling anda. Sebab semuanya dari Tuhan. Tuhan yang kita beriman tu. Ke ada benda yang di sekeliling kita ni bukan dari-Nya?


Ada banyak lagi sebenarnya tapi masa tak mengizinkan aku untuk berblog lebih-lebih pagi Jumaat ni. Banyak kerja. Kerja aku bukak mulut cakap. Hahahaha..

Okay nak tahu lebih lagi pasal ni, silalah pergi ke The Habits of Supremely Happy People!

=D

Ulasan

plain83 berkata…
yes always say please n thank you, those little words mean a lot ^^

Catatan popular daripada blog ini

Kembali

Sepanjang tahun 2018 langsung takde satu post. Wow! That's a new record set by yours truly. Banyak benda boleh berlaku dalam masa satu tahun. Dan banyak benda juga yang dah berlaku dalam jangka masa tu. Summary nye, perubahan kerjaya , tahun melawat Indonesia , dan new bundle of joy  (<----Ini emoji smiley, aku buat post ni pakai Blogger app) Kenapa kali ni tergerak nak blog balik? Sebenarnya, dari tahun 2017 tu aku nak meneruskan kelangsungan hidup blog ni..cuma, banyak alasan aku bagi dan jadilah apa yang dah terjadi sekarang blog yang dah lebih setahun tak di-update. Bersawang, dah jadi sarang angkut-angkut dah. Inilah sarang angkut-angkut. Blog kali ni more to syok sendiri mungkin, sebab aku rasa aku dah takde pembaca yang mengikuti perkembangan blog ni. Silap-silap, blog aku dah kena removed daripada list pembaca-pembaca lama aku. Mungkin kalau takde pressure untuk blog, aku akan lebih rajin ke sini. Siapa tahu?

Hang Tuah The Animation?

Woah, woah! Read this at beautifulnara about a three way agreements signed by Japanese anime studio Gonzo (Blood: The Last Vampire), Malaysian animation studio Funcel and Malaysia's National Film Development Corporation to produce Hang Tuah the animation! The protagonists....maybe? The antagonists...look so.. It sounds cool to me at first but I am being a bit skeptic about having non Malaysians to make an anime out of this legendary warriors, Hang Tuah and his friends. What more, I wonder are the voice actors gonna be Japanese too? I remember watching Silat Lagenda. That was awesome for our technology that time. But I think I shouldn't be all negative about Gonzo studio animating Hang Tuah because it's a collaboration....I think? Well, you guys can read more here and here . hehehehe

Reconnect: My Journey Back to Blogging

 Hello, fellow travel enthusiasts and friends of Malaysian adventures! It's been an incredible journey, one that saw me take an unexpected hiatus from blogging for more than three years. Life happened (more like COVID happened) —responsibilities, changes, and personal growth—but one thing remained constant: my love for exploring the beauty and diversity of Malaysia. With power to put Dillan on my back, comes great responsibility! Today, I'm excited to announce my return to the world of  blogging. It's a bit like revisiting an old friend and reminiscing about unforgettable experiences. As I dust off my keyboard and sift through the memories of past travels, I can't wait to reconnect with all of you and share new adventures. Reflecting on the Past During my hiatus, I took the time to recharge, reflect, and embark on new journeys, both physically and emotionally. I've explored different aspects of life, including my passion for raising awareness about autism, delved de...