Pages

Monday, November 18, 2013

Highland Tower 2 ---> Villa Nabila?

Anyway, aku tak tahu adakah sebab cerita pasal kehilangan budak2 kat Villa Nabila, JB yang tersebar di laman-laman sosial menyebabkan aku dan teman serumah aku Faizal tengok cerita Highland Tower semalam. Apa-apa pun, boleh tahan gak ceritanya. Oppss jangan tanya macam mana aku boleh tengok cerita tu kat rumah... *kriiik kriik*

Okay lah~
Pada awalnya pabila aku mendengar cerita ni agak skeptik. Walaupun tadi keluar Buletin Utama dan Mazidul Akmal dalam blognya pun cakap cuma 1 remaja je yang hilang dan bukan 23 remaja tu, aku masih tak boleh nak cakap apa-apa. Yang aku boleh buat hanya spekulasi dari sumber-sumber pihak ketiga seperti laman sosial dan berita saluran utama. Dan berdoa supaya yang sorang tu yang masih tak ditemui supaya selamat pulang ke pangkuan keluarga dia.

Pasal cerita Highland Tower tu, boleh tahan berdebar-debar jugak tengok. Tapi tak boleh lawan Paranormal Activity 1. Yang PA2 agak hambar. PA3 tak tengok lagi meskipun sudah available..hahaha. Pelakon-pelakon Highland Tower memang aku boleh kasi 5 Stars untuk lakonan diorang. Penghayatan watak-watak tu. Semua tu berlakon je kan, bukan betul-betul kan?? Ini semua lakonan kan, bukan betul-betul kan?


"Ini betol-betol! Ini bukan cobaaan!"  "Cobaaaaan"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails