Pages

Tuesday, August 9, 2011

Kemalasan Melanda

Pelik tapi benar. Ketika aku rasa malas, tiba-tiba aku punya kekuatan untuk melakukan banyak kerja. Macam hari ni. Dah la aku tak sahur sebab terbabas tidur sampai pukul 6 pagi, dengan hari yang agak panas.

Mungkinkah ini yang dinamakan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan? Aku rasa salah guna peribahasa ni...

Apa-apa pun, aku rasa macam nak memasak pula tengah-tengah malam buta ni. Ada orang kisah/marah tak nanti agak-agak??

Nyari (slang orang Melayu Singapura yang bermaksud ini hari/hari ini) Hari Kebangsaan Singapura. Semangat habis cik akak tu pakai baju merah seluar putih. Macam Manchester United dah. Padan la dia pun peminat Man U..

Tunggu kejap....apa kes blog dalam bahasa Melayu ni??


Tak boleh ke aku nak guna bahasa ibunda aku pula? =P
hehehehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails