Pages

Friday, September 3, 2010

Entri Khas Merdeka (bahagian akhir lah kot)

Ah, dah 3 September. Aku pon tak mahu meleret-leretkan Entri Khas Merdeka ni. Jadi lebih baik aku tamatkan ia sekarang.

Isu dalaman negara sudah. Sebenarnya ada lagi, tapi aku cuma menyentuh yang berkaitan dengan apa yang terjadi dalam bulan Ogos baru-baru ni je. Sekarang, aku nak cakap pasal hubungan kejiranan kita.

Semua orang tahu pasal isu dengan Indonesia. Dah lama, dulu pasal nakkan hak milik pulau lah, lepas tu pasal BBC tersilap maklumat, guna video tarian Indonesia untuk nak promosi Malaysia. Lagi teruk kena cop pencuri. Baru-baru ni, pasal nelayan-nelayan Malaysia yang ditahan kerana menceroboh perairan Indonesia, dan kapal perang Malaysia yang memasuki perairan Indonesia, penahanan pegawai-pegawai Indonesia. Wah, tu memang agak dahsyat. Dan respons masyarakat Indonesia pon dahsyat. Habis berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia, dilempar najis lagi, Jalur Gemilang dipijak, dibakar. Wah, berasap jugak kita. Ada juga demonstrasi, tapi takde lah nak baling najis. Tak sanggup pegang kot. Heh.

Cerita basi ni, tapi semua orang tahu dah sekarang ni yang pergi berdemonstrasi ni semuanya dibayar, diupah. Berapa? RM15 dan nasi bungkus. Waah...semangat dan kreatif. Pandai mencari rezeki. Heh. Sahabatku Tommy cakap, kalau sehari tak berdemonstrasi kat Jakarta tu, memang pelik sangat lah tu. Hahaha!!

Dalam aku tengah panas-panas menahan diri daripada marah, aku teringat member-member aku yang dari Indonesia yang aku kenal masa pengajian di Australia dulu. Senang berkawan. Dah tu seagama, lagi senang. Pergi ke bandar Melbourne bersama, makan di restoran Indonesia. Ada dua - Nelayan dengan Esteller. Memang sedap, terutamnya soto betawi..wah..lapar pula..

Di Phillip Island bersama-sama (dari kiri) Sugit, Dicky, Pam, Jessica, Dian.
Gambar di sebelah kanan, kali terakhir bersama Tommy yang berpindah ke Monash cawangan Sunway.

Berbalik kepada cerita aku. Dunia ni macam-macam orang ada. Jangan disebabkan beberapa kerat manusia yang bertindak bodoh, kita terus mengandaikan semuanya begitu. Aku terbaca blog sahabat aku Sugit yang kini masih lagi belajar di Monash University. Membaca blognya beri aku harapan. GMH. Aku kira, lebih baik aku kongsi blognya di sini, jadi siapa-siapa nak membaca pendapat sahabatku Sugit, silakan.

Entri Khas Merdeka ni, takdelah khas sangat. Aku cuma mahu berkongsi cerita persahabatan melangkau batas negara. Aku cuma mahu ingatkan diri aku, tak semua epal manis. Tak semua epal busuk.

Calvin, Tommy dan Sugit ketika permainan Drinking Game. Guna air masak ya, sampai kembung perut!
Reunion bersama dengan Sugit dan Dicky buat pertama kali pada tahun 2010. =)

hehehehe

4 comments:

mizz sue said...

bestnye reunion...kumpul ramai2

Danial Ikhwan Jaafar said...

reunion masa kat australia. sekarang ni kalau nak reunion susah, bila dan di mana lah nak berjumpa. heh

.fatin nabila. said...

dieorg di bayar eh ? patot lah.. hantar balik semua bibik, tau la nasib..

xtau raya keberapa balik kerteh, tp, ak mana amik tau sgt bab2 gni meyh.. kalau ad org roger, tny, ha, baru lah ak tau.. nk raya kaw2 eh, suh nadiati setup semua pe patot, then inform sume, heee..`

Danial Ikhwan Jaafar said...

haha kita tak secetek mereka yang dibayar.
aku ada je kat kerteh dari hari raya ketiga. raya kat penang 2 hari je. hehe
pepe nanti, pengumuman akan dibuat di facebook =P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails