Sepanjang sebulan aku di bandar, (aku menumpang di Subang Jaya SS14) aku dapati kebersihan kat kawasan-kawasan bandar memang teruk. Sebenarnya, bukan kawasan-kawasan kat Subang Jaya je, boleh katakan semua tempat yang aku pernah pergi, jejak, lawat, lalu, memang sampah berteraburan ah.
Apa nak jadi? Katanya negara Islam. Majoriti rakyat beragama Islam jugak. Tapi penekanan terhadap kebersihan, macam tak seberapa. Aku tahu bukan semua rakyat Malaysia begini. Segelintir memang pembersih amat. Sekurang-kurangnya tak buang sampah merata-rata.
Di Youthsays.com aku ada bertanyakan dua soalan tentang perkara ini, Soalan pertama aku, bunyinya begini:
"Siapa yang pernah membuang sampah dengan sengaja bukan ke dalam tempat yang disediakan; tong sampah?"
Kebanyakan yang menjawab cakap, pernah membuang, tapi tak mahu buang dah, dan macam macam lagi. Tapi yang aku tak boleh terima ialah satu jawapan ini, sebab desperate tak jumpa tong sampah cari line clear pastu campak. Mungkin aku belum pernah mengalami situasi desperate sebab kebanyakan masa, kalau takde tong sampah, aku biasa pegang dulu, takpon aku cari plastik bag untuk sampah yang ada. Jadi aku betul betul tak paham dengan jawapan desperate jadi tunggu line clear untuk buang sampah.... =_=
Niat aku bukan mahu menghukum orang, cuma aku mahu tengok seteruk manakah penyakit ini. Parah jugak nampaknya.
Jadi? Macam mana?
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Kalau kalian rasa kalian dah terlambat nak berubah, pastikan generasi selepas kalian;anak, adik kecik, anak sedara, tak ada perangai macam kalian. Tapi, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih".
Ulasan