Pages

Tuesday, June 30, 2020

Iklan Pokcik Nubs dan Langit Senja 2020, Juga Tentang...Jangan Tahu Buat Anak Je!!!



Kat sidebar kanan tu, atas sekali.


Haaa, iklan jap. Kalau korang perasan, aku ada letak ikon media sosial untuk dua akaun umum aku, iaitu, Pokcik Nubs dan juga Langit Senja 2020. Sebenarnya, aku nak letak nama "langitsenja" cuma ni kan tahun 2020, memang dah ada orang lain pakai dah jawabnya. Yang buat aku rasa bengang dan kecewa hahaha sebab akaun langitsenja tu, takde apa-apa gambar pon! 😠😝


Aku rasa dia nak jual nama instagram ni, sebab tu dia tak letak apa-apa gambar lagi. Fuh, it's okay, I'll just add 2020 at the back of my langitsenja. 😝


Tiba-tiba aku semangat nak create content. Bini aku suggest aku buat content untuk bapa-bapa generasi aku, generasi millenial. Sebab di Malaysia ni, heck, hatta di seantero dunia ni ramai ibu-ibu yang menyumbang kepada content pasal keibubapaan, dan tak hairan jugak golongan sasaran untuk sebarang kempen pemasaran barangan bayi, kanak-kanak ni, ialah golongan ibu. Mereka ni punya purchasing power, kuasa membeli yang lagi tinggi daripada bapa, ayah, abi, papa ni. 

Kalau abah-abah ni, mungkin ramai teruja nak beli jersi pasukan bolasepak (aku lah tu. Guilty as charged!) pasukan lumba F1, NBA, tak pun masa nak beli kereta kecik, moto kecik, basikal, gajet unruk anak-anak. Tak salah kalau aku cakap, ramai bapa yang sediakan wang ringgit dan biarkan ibu-ibu yang membeli barangan.
Sempat pakai sekali je

Aku tak kata semua bapa camtu, lebih-lebih lagi bapa generasi millenial yang sebaya aku. Kesedaran untuk lebih aktif dalam perkembangan anak-anak tu lagi nampak, pada pemerhatian aku. Nanti-nanti sikit akan aku buat carian Google. Pemerhatian aku ni disokong oleh kenyataan mak mentua aku, mak aku, dan makcik-makcik yang pernah sempat aku berbual. Aku tak tau apa fakta yang menyumbang kepada kesedaran ni, kalau aku, mungkin aku nak jadi seorang bapa yang mana kalau  bila anak aku buat silap semasa dia membesar, dia takkan cari orang lain dah, dia cari aku dan ibu dia. 

Eh, melalut pulak tapi pokoknya, ramai bapa dah nak turut serta jaga anak dengan aktif. Tahu anak punya keadaan kesihatan, alahan makanan, ubat atau bendasing lain. Tahu mana nak beli susu anak, tahu harga mana mahal, murah bila beli barangan kelengkapan, fikir sekali apa jadual pemakanan anak bila dah boleh makan makanan pejal selain susu. 

Aku masih lagi beli barang kat Manjaku, sebab dekat dan susu murah kalau nak banding dengan kat pasar raya tempat aku ni.


Sebab, aku tak boleh terima bila dengar, baca cerita doktor-doktor yang mana ada sesetengah bapa ni anak dah besar pun dia tak tahu, boleh makan ni, alahan ubat. Aku pun adajuga la nak kena ditegur orang rumah bila aku slack, which to me is a fair call. Takkan tahu nak bahagian yang senang dan seronok je, bahagian lain lepas semuanya kat bini. 

Sambung nanti lah bebelan aku terhadap diri sendiri hahaha.

Haa, jangan lupa Follow dan Like Pokcik Nubs di Facebook dan juga Instagram. Kalau rasa nak tenang, rindu laut ke pantai ke sunset view ke, Like dan Follow @langitsenja2020 di Instagram.  😁





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails