Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Iklan Pokcik Nubs dan Langit Senja 2020, Juga Tentang...Jangan Tahu Buat Anak Je!!!

Kat sidebar kanan tu, atas sekali. Haaa, iklan jap. Kalau korang perasan, aku ada letak ikon media sosial untuk dua akaun umum aku, iaitu, Pokcik Nubs dan juga Langit Senja 2020 . Sebenarnya, aku nak letak nama "langitsenja" cuma ni kan tahun 2020, memang dah ada orang lain pakai dah jawabnya. Yang buat aku rasa bengang dan kecewa hahaha sebab akaun langitsenja tu, takde apa-apa gambar pon! 😠😝 Aku rasa dia nak jual nama instagram ni, sebab tu dia tak letak apa-apa gambar lagi. Fuh, it's okay, I'll just add 2020 at the back of my langitsenja. 😝 Tiba-tiba aku semangat nak create content . Bini aku suggest aku buat content  untuk bapa-bapa generasi aku, generasi millenial. Sebab di Malaysia ni, heck,  hatta di seantero dunia ni ramai ibu-ibu yang menyumbang kepada content pasal keibubapaan, dan tak hairan jugak golongan sasaran untuk sebarang kempen pemasaran barangan bayi, kanak-kanak ni, ialah golongan ibu. Mereka ni punya purchasing power, kuasa membeli yang lagi ...

Anak Laut

Aku rasa aku syok sendiri je setiap kali aku menggelarkan diri sebagai "Anak Laut". Hahaah Tapi nak buat macam mana kan, kalau memang aku rasa seronok, teruja, macam balik kampung setiap kali aku dekat laut, pulau, pantai. Ni, aku tengah duk menaip pasal ni je pon kepala aku tak berdenyut. Wallpaper PC aku ni gambar perempuan mana duk berjoging di pantai, dengan ada dua struktur batu di tengah laut, macam Twelve Apostles di Apollo Bay, Australia. (Tapi sekarang ni dah berapa ketul je tinggal, 7 kot..) Aik, only 4 left standing?? Habis rambut. Suka aku tempat ni, sejuk nak mampus. Ore to ore no imoto, Pammu. Genki desu ka, Pammu? Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke pantai, laut, pulau ni, masa akhir tahun lepas di Pulau Pinang. Balik kampung. Terubat jugak rindu lama tak ke pantai. 2019 aku cuma ke Siem Reap, company trip. Takde percutian jauh-jauh sebab baru saja menimang cahaya mata kan. Jadi, berbalik kepada cerita, masa balik kampung tu, ada satu malam aku dah buat temp...

Rumah Tinggal

Duk bercerita pasal kampung Abah di Johol tu, membawa aku kepada pemerhatian aku sepanjang aku balik kampung dulu-dulu. "Rumah tinggal" ni macam fenomena biasa di Negeri Sembilan. Sebab pengalaman aku, kalau jumpa dengan teman sebaya, yang kebetulan mak atau bapanya orang asal dari Negeri Sembilan, boleh dikatakan lebih daripada separuh akan cakap, "kampung takde sape dah, rumah tinggal." Dan bila aku lalu kawasan-kawasan kampung ni dulu pun, nampak banyak rumah kosong.  Tapi boleh jadi nampak je kosong, tapi ada je penghuninya, kan? Dan fenomena (LOL fenomena) "rumah tinggal" ni tak eksklusif hanya di Negeri Sembilan, sebab bila aku buat carian di Google, banyak juga kawasan di luar bandar yang terkesan akibat penghijrahan anak-anak muda luar bandar ke bandar. Ni berita tahun 2015. Sumber BH Setakat ni, aku nampak bila ada rumah tinggal yang banyak la jugak, ada peluang berniaga bagi tukang-tukang kayu, pembekal kayu-kayu. Sebab depa ambik dari rumah-ruma...

Bau Kampung Johol

Pagi semalam, kurang lebih jam 10:30, aku sampai juga ke kebun pakcik kepada isteri aku. Kat mana? Kat Hulu Langat. Memang cukup terkenal tempat ni dengan kebun, homestay dan resort, chalet sebab ada banyak sungai. Aku pulak dah lama tak ke kebun, hutan, jadi, macam teruja juga nak ke kebun tu. Sampai je, bukak pintu terus mengimbau kenangan. Rasa nostalgia, melankolik apa semua lah. Sebab ada bau yang mengingatkan aku akan kampung belah Abah aku di Johol, Negeri Sembilan. Yang buat rasa melankolik tu, sebab rumah di sana dah "dirobohkan" ( for lack of better words ) jadi atas tanah kat sana aku rasa memang kosong kot. Nanti aku tengok balik Whatsapp group keluarga belah Abah aku. Eh, melalut pulak tapi alang-alang dah termasuk "simpang" cerita pasal kampung Abah, layan je la. Kampung Abah tu, dekat dengan Air Mawang. Kampung Masjid Tua nama diberi. Kat laman rumah tu dulu, ada pokok kelapa, pokok durian, pokok rambutan (paling banyak) dan surau kecil yang seingat a...

Pokcik Nubs! Noobies Acah Tua (Baru 33 tahun..😅)

Sepanjang PKP dari 18 Mac tahun ni, sampai lah sekarang PKPP, aku ada buat Facebook page baru, khas untuk streaming secara langsung, PUBG Mobile. Sebab tak boleh lepak dengan kawan-kawan aku dua orang ni, kitorang bertiga pulak memang dah ada group Whatsapp sendiri, tu yang terlahirnya POKCIK NUBS Nama page Pokcik Nubs sebab kitorang memang agak noobs lah kalau nak dibandingkan dengan orang lain, yang selalu main, yang memang lagi punya skill dan tindak balas, refleks yang bagus, dengan budak-budak sekolah lagi. Kami bertiga pernah dapat matched dengan budak 6 tahun.....yang kebetulan anak kawan sekolah menengah kami. Tu lawak. Jadi, macam Pencetus Ummah punya peserta, dipanggil gelarang PU Sekian, sekian, ahli Pokcik Nubs ni 3 orang je (sebab rasanya member-member yang join kitorang ni tak noobs sangat haahah) dan diberi panggilan PN. Macam aku sendiri, PN Danial atau PN Dan ah. Hahaha Melalui page facebook Pokcik Nubs ni jugak, aku belajar skil baru untuk edit video walaupun sebelum ...

After 30 Years! #YNWA

Tahun Melawat Indonesia 2018

Tu dia. Cerita 2018 baru nak tulis sekarang. Draft ni pon tahun lepas yang punya. Ya, dari tahun 2019. Tentang 2018. Barai! 😂😂😂 A must have at this famous spot! No prize for guessing the location of this photo! Langit senja yang biasanya memang cantik dan senang terdapat di pulau dan pantai. 30 minutes later I got 🍒🍓 2018 pada aku merupakan tahun pertama aku sebagai seorang suami sepenuh masa. Full time. All the time. No part time. No sometime. Hahaha. Jadi, aku dah bersiap sedia untuk mengorbankan keinginan aku untuk bercuti di pulau, pantai seperti pada masa aku bujang dulu. The most normal and problem-free bachelor night, in Medan! 😙 Tapi, nak dijadikan cerita, sudah rezeki aku punya isteri yang sangat memahami, dan sahabat-sahabat yang baik, dan juga ahli keluarga baru yang tidak berkira, tahun 2018, 3 kali aku ke Indonesia! Sebelum 2018, kali terakhir (dan juga kali pertama) aku ke Indonesia pada 2015, November. Aku ke Jakarta dengan sahabat, Adib S...

Update Update

Apa cerita baru aku? Dah bersawang blog ni selama 12 bulan. Mungkin lebih. Nanti aku check. Cerita paling baru, dunia dalam proses pemulihan dari wabak COVID-19. Siapa sangka akan berlaku keadaan macam ni, 3 bulan terkurung di rumah, terbatas segala gerak, yang hanya dibenarkan bila perlu sahaja - beli barangan runcit. Aku pulak dah jadi bapa kepada seorang budak lelaki penuh akal, berumur 15 bulan. Kecik lagi, walaupun dah boleh melangkah jauh di dalam rumah. Di luar saja masih tak berani lepas tangan. Dulu masa bujang, dengar cerita dari teman yang dah beranak pinak, aku bersangka mereka hanya membuat cerita, kononnya bila ada anak, kau rasa mahu duduk di rumah sahaja, bermain dengan mereka. Buat cerita supaya aku, yang pada masa itu hanya seorang bujang, untuk cepat-cepat bernikah. Hahaha The very rare moment when he wants to snuggle up to me. While watching Little Baby Bum Youtube channel! 😅 Tapi betul, setiap kali aku tengok anak aku, ada rasa tenang di situ. Denyut s...