"Kucing tu tak makan makanan kucing jenama Furskist itu. Langsung tak diusik. Pening aku. Beli mahal-mahal." "Habis tu, apa si Labu tu makan? Gempal elok je. Bulu pon, fuhhh, gebu. Gerammm!" "Kau nampak tu, dalam longkang? Anak ayam, anak burung, biawak kecik-kecik." "Haaa??" "Ye la. Benda percuma orang bagi, elok-elok, tak nak. Nak jugak masuk dalam hutan semak depan rumah ni, berkubang dengan babi hutan tu." Labu (bukan gambar sebenar) sedang berehat. "Kah kah kah kah!!" "Gelak pulak kau." "Hahaha, broo! Ada makhluk, benda yang bergolek datang percuma, elok mahal molek macam mana sekalipun, tak dipandang langsung. Nak juga berpeluh susah payah." "Baru puas hidup kalau ada cabaran...mungkin? Daripada disuap begitu hari-hari. Macam bagi kerbau gemuk sebelum kau sembelih." "Kerbau?" "Peribahasa Korea tak salah aku.... Tengok Running Man." "Oh......
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.